KITSUI Coffee Xslim Shapez Pilihan Tepat Untuk Anda Yang Nak Kurus

Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Cik Rose doakan semuanya berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan dijauhi dari virus covid 19. Risau sebenarnya bila baca berita peningkatan kes setiap hari. Namun, apakan daya. Kita kena bersedia dengan segala kemungkinan. 


Sejak virus covid 19 melanda negara dari tahun lepas, ramai teman-teman Cik Rose yang perlu berkerja dari rumah (work from home). Juga, banyak aktiviti yang kita tak dapat lakukan. Salah satu dari aktiviti yang terpaksa kita hadkan adalah bersukan. Terikat dengan pelbagai SOP yang berubah-ubah. Tapi, sebenarnya kita boleh je bersenam di rumah atau persekitaran rumah. hihi ~ alasan Cik Rose je ni. 


Oleh kerana ramai yang stay home dan tidak lagi bersukan, ada yang mengalami pertambahan berat badan. Oh  no! Ini termasuklah diri Cik Rose juga. Risaunya tengok penimbang hari-hari. Baju dah rasa mengecil. Sedapkan hati sendiri, kain tu kecut kot. Hihi. Ada tak  yang macam Cik Rose juga? Ada banyak faktor penambahan berat badan. Antaranya  stress, kurang aktviti fizikal, jadual makan yang berubah dan lain-lain. 


Eh eh ni kalau biarkan berlarutan, bertambah kusut jadinya nanti. Kenalah cari jalan penyelesaiannya kan. Cik Rose diperkenalkan dengan Kitsui Coffee Xslim Shapez!





KITSUI Coffee Xslim Shapez


Kitsui Coffee Xslim Shapez adalah minuman campuran botani  yang terdiri dari ginseng, L-Carnitine, Coffee, Hoodia, African Mango dan Green Coffee. Ia adalah cara semulajadi yang hebat untuk badan lebih ideal, bertenaga dan sihat.


Tersenyum Cik Rose bila dapat tahu minuman ni dapat membantu Cik Rose untuk menurunkan berat badan supaya lebih slim, sihat dan dapat shape yang diingini. Tak sabar nak cuba sendiri. 


Sebelum nak cuba sesuatu produk, memang Cik Rose akan teliti dahulu kandungannya. Yelah, takut juga kalau ada bahan yang merbahaya dan mempunyai kesan sampingan yang berpanjangan. Elok-elok kita nak kurus, tiba-tiba dapat kesan yang tidak baik pula pada tubuh badan . Minta dijauhkan. 


Coffee Xslim Shapez tidak mengandungi bahan-bahan yang berbahaya. Ia tidak mengandungi hormon. pengawet, glute, GMO, antibiotik dan bahan kimia. Ia telah disahkan halal dan sesuai untuk vegan. Jangan tak tahu, Kitsui ni dah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. 








Suka Cik Rose jelaskan yang Kitsui Coffee Xslim Shapez ini bukanlah ubat ya. Ia adalah supplemen pelangsingan badan yang diformulasi dari Korea. Mengandungi ramuan yang hebat iaitu Korean Ginseng. Lagi best, hanya 29 kalori dalam satu sachet. Ha, yang diet kalori bolehlah buat kira-kira dulu. 




Senarai kandungan Kitsui Coffee Xslim Shapez


Korean Ginseng

Banyak digunakan untuk menguatkan sistem imun dan melawan keletihan badan, terutama pada orang yang mengalami sindrom kekurangan tenaga. Juga membantu meningkatkan fokus mental.


Green Coffee Bean

Ekstrak serat dari biji kopi hijau adalah tinggi degan antioksidan, membantu meningkatkan tenaga seluruh badan dan menyokong kesihatan otak. 
Ia juga dapat membantu menjaga berat badan yang sihat bersamaan dengan diet dan senaman yang betul. 
Apa yang menarik, serbuk ekstrak biji kopi Kitsui ini diperbuat dari biji kopi mentah yang ditanam secara semulajadi dan menggunakan suhu yang rendah untuk diekstrak tanpa alkohol. 


L-Carnitine

Ia dapat mengurankan lemak dan meningkatkan metabolisme.
Dengan tahap L-Carnitine yang lebih tinggi, badan kita akan menjadi lebih cekapp dalam membakar lemak. Ini bukan sahaja mengurangkan jumlah lemak yang disimpan oleh tubuh kita, teapi juga membantu mengurangkan lemak perut (jenis yang mengelilingi organ penting), dan berpotensi menyebabkan penyakit hati berlemak dan keadaan kesihatan yang serius. 
L-Carnitine dapat memberikan peningkatan metabolisme. Ia lebih berkesan membantu program penurunan berat badan kerana akan meningkatkan jumlah kalori yang dapat dibakar walaupun pada waktu rehat.


Hoodia

Ia adalah ekstrak tumbuhan semulajadi yang dapat membantu mengurangkan selera makan. dengan pengmabilan makanan yang kurang, bermakna pemakanan kalori adalah rendah seterusnya dapat menurunkan berat badan. 






SIAPA YANG PATUT AMBIL KITSUI Coffee Xslim Shapez?


KITSUI Coffee Xslim Shapez sesuai untuk diambil mereka yang berlebihan lemak di bahagian leher, lengan tangan, perut dan peha kaki. Juga meraka yang mengalami pertambahan berat badan setiap bulan. Kiranya, ia membantu untuk kita maintain berat badan lah kan.  

Juga untuk korang yang mempunyai selera makan yang kuat. Tengok ni, nak. Tengok tu, nak. Asyik craving je memanjang. Ha, memang sesuai sangatlah. Badan cepat sangat letih dan lesu. Kadang-kadang buat kerja sikit je, penat bukan main rasa kan. 

Sesuai juga buat korang yang sibuk, dan tidak dapat mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Selalu terlepas waktu sarapan, lepas tu tengahari mulalah makan terlalu banyak. Terlalu sibuk, tak sempat nak bersenam atau pun tak bersenam? Bolehlah try KITSUI Coffee Xslim Shapez. 

Untuk yang ada masalah kuat berdengkur juga boleh minum KITSUI Coffee Xslim Shapez ni ya. 






TAKUT DENGAN SUPPLEMEN KURUS?

Cik Rose tahu ada yang risau dengan produk kurus, takut ada sibutramine. Kebanyakan produk di pasaran memang ada sibutramine. Bagaimana pula dengan KITSUI Coffee Xslim Shapez?

Untuk pengetahuan korang, sibutramine adalah bahan larangan dari Kementerian Kesihatan dalam ubat kurus. 

Berdasarkan data daripada kajian Sibutaramine on Cardiovascular Outcome Study, pengunaan sibutramine didapati mempertingkatkan risiko kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok terhadap pesakit obes yang mengambil ubat berkenaan. Kementerian Kesihatan (KKM) sudah memutuskan untuk menggantung pendaftaran ubat sibutramine.


Boleh rujuk berita dibawah:

https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/24-mei-2018/kesan-negatif-sibutramine-kuruskan-badan.html


Terbukti kitsui tiada kandungan sibutramine selepas ujian makmal dilakukan. Kitsui diperbuat daripada 100% bahan halal semulajadi. TIADA BAHAN LARANGAN. Jadi, jangan risau ya. Ianya selamat untuk diambil. 






Cara Penyediaan Coffee Xslim Shapez





Mudah sahaja nak sediakan! Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam atau air sejuk. Cik Rose suka bancuh dengan air sejuk. Sedap. Macam coffee ice shake! 

Goncang sehingga larut dan diminum sebaik selepas penyediaan. 

Minum air yang secukupnya sepanjang hari untuk kesan terbaik.






Cik Rose baru je cuba dalam  seminggu tau. Tak sabar nak tunggu hasilnya. Harapnya positiflah. Bila tengok testimoni pengguna yang dah cuba Coffee Xslim Shapez, hati Cik Rose berbunga-bunga jadinya. 





TESTIMONI PENGGUNA:






Di mana nak beli Coffee Xslim Shapez?

Jangan risau ya. Korang boleh beli dari Shopee dan Watsons. Harganya yang berpatutan dnegan kesan yang memberansangkan, pastinya ia jadi pilihan untuk korang cuba. 





Ramuan Semulajadi untuk anda.

Kitsui ini diformulasikan secara unik untuk anda dengan Ramuan Halal Semulajadi yang dipilih khas dari yang terbaik untuk keperluan pemakanan gaya hidup moden harian anda.

Kitsui, Cantik Semulajadi.





Untuk maklumat lanjut, boleh layari media sosial Kitsui Malaysia :


Website : 

https://kitsui.com.my/


 Facebook : 

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

 

Instagram :

https://www.instagram.com/kitsuimalaysia



Selamat mencuba!


Post a Comment

0 Comments