Sunday, September 05, 2021

YONG TAU FOO JAM BESAR SUNGAI PETANI, RINDUNYA NAK MAKAN YONG TAU FOO SEDAP

YONG TAU FOO JAM BESAR SUNGAI PETANI, RINDUNYA NAK MAKAN YONG TAU FOO SEDAP.| Assalamualaikum. Ada yang suka makan yong tau foo? Cik Rose salah seorang penggemarnya. Suka benar. 


Pelbagai jenis kuah yong tau foo


Yong tau foo yang Cik Rose kenali, di makan dengan kuah hitam. Rasanya pedas-pedas manis secukup rasa. Pelbagai pilihan bebola makanan laut dan dihidangkan bersama sayur kangkung, keow teow dan banyak lagi pilihan.


Ada juga di sesetengah tempat yang dimakan bersama kuah sup. Dan juga kuah merah. Lain tempat, lain cara penyediaannya. 


Sungguh Cik Rose rindu yong tau foo di Jam Besar, Sungai Petani, Kedah. Bukan sahaja kegemaran Cik Rose, ianya juga menjadi pilihan mak dan ayah Cik Rose.  Kesedapan kuah hitamnya tu yang membuatkan kita tak cari lain dah. hihi. 


Di tempat Cik Rose menetap sekarang ni, kebanyakkannya dihidangkan bersama kuah sup. 




Minggu lepas, dalam satu kumpulan memasak di facebook, ada iklan Kuah Yong Tau Foo Taiping. Bila Cik Rose tengok, eh macam sama je kuahnya. Dan dan Cik Rose terbayangkan Yong Tau Foo. Teringjn nak rasa. Maklumlah pintu untuk rentas negeri masih ditutup. Jadi, mana boleh balik makan di kampung kan. Cik Rose di selatan tanah air. Tak mungkin dapat merentas ke bahagian utara sana. 


Kuah Yong Tau Foo Taiping dijual dengan harga RM 15. Tak perlu masak semula, tak perlu juga panaskan.Boleh terus makan! 

Cik Rose beli di shopee. Alhamdulillah, rezeki..Dapat merasa juga. 

Beginilah packaging barang Young Living yang terkini. 



Sedap di tekak Cik Rose. Nampak sahaja kecil, tapi boleh di makan berulang kali. hihi. 

Tak cukup bahan pun gigih teruskan juga. Tak sempat beli kangkung, dan tiada juga keow teow tu. Takpe, next time boleh beli lagi. hihi. 



Oh rindu Kedah! Bila boleh re
ntas ni 😊


1 comment:

  1. Baca blog ni ptg² terus lapar plak 🤣🤣🤣

    ReplyDelete