Tuesday, November 30, 2021

TAHNIAH KUALA LUMPUR JUARA PIALA MALAYSIA 2021 | KEPUTUSAN JDT VS KL FINAL PIALA MALAYSIA

TAHNIAH KUALA LUMPUR JUARA PIALA MALAYSIA 2021 | KEPUTUSAN JDT VS KL FINAL PIALA MALAYSIA




Perlawanan di antara Kuala Lumpur (KL) City FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT), pasukan mana akan bergelar juara pada perlawanan akhir ulang tahun ke-100 Piala Malaysia di Stadium Nasional di Bukit Jalil di sini, malam ini? 


Ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan akhir JDT menentang Kuala Lumpur pada malam ini. Pastinya kedua-dua pasukan memiliki kelebihan tersendiri. 


Dalam laluan ke perlawanan akhir ulang tahun ke-100 Piala Malaysia, JDT mencatat kemenangan dengan agregat 1-0 ke atas Kedah Darul Aman FC di suku akhir sebelum menentang TFC di separuh akhir (agregat 4-1) sementara KL City FC menewaskan Selangor FC (agregat 3-0) diikuti Melaka United FC 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.



Updated 

Tahniah KUALA LUMPUR. Berjaya merangkul Piala Malaysia 2021 dengan menewaskan JDT dengan jaringan 2-0. 




Jaringan pertama oleh Zhafri Yahya pada minit ke 66. Manakala Paulo Josue pula menambah jaringan pada minit ke 73, menjadikannya 2-0. Paulo Josue adalah Captain Kuala Lumpur City. 



PEMAIN TERBAIK PIALA MALAYSIA 2021


Tahniah buat Zhafri Yahya yang telah dinobatkan sebagai pemain terbaik bagi perlawan akhir Piala Malaysia ini. 


Senarai juara Piala Malaysia


2021- KUALA LUMPUR

2020 - Batal
2019 - JDT
2018 - Perak
2017 - JDT
2016 - Kedah
2015 - Selangor
2014 - Pahang
2013 - Pahang
2012 - Kelantan
2011 - Negeri Sembilan
2010 - Kelantan
2009 - Negeri Sembilan
2008 - Kedah
2007 - Kedah
2006 - Perlis
2005 - Selangor

No comments:

Post a Comment