Wednesday, December 01, 2021

CERITA MUFFIN | KUCING KEDUAKU , MUFFIN THE CUPCAKE

CERITA MUFFIN | KUCING KEDUAKU , MUFFIN THE CUPCAKE.


Sebelum ni, Cik Rose pernah ceritakan tentang Kitty - kucing pertama dalam hidup Cik Rose Kehadiran Kitty membuatkan ketakutan Cik Rose pada kucing hilang. Cik Rose berjaya jaga Kitty seorang diri bila suami terlibat dengan operasi lebih kurang 4 bulan. 


Boleh baca cerita Kitty di sini : KITTY NOMEY NOMEY


Kali ini, ingin Cik Rose kongsikan dengan pembaca blog ini mengenai Muffin. Muffin the cupcake. Bukan kek, bukan juga muffin makanan. Tetapi, Muffin yang dimaksudkan adalah kucing. hihi. Pengikut Cik Rose di instagram dan facebook mesti dah tahu tentang Muffin. Maklumlah ada saja cerita mengenai Muffin yang Cik Rose kongsikan. 




Muffin hadir pada 07 Julai 2021. Ceritanya bermula bila suami mengambil keputusan untuk mencari kawan buat Kitty. Adududu, Cik Rose is nevesss gitu. Kawan? Maknanya Cik Rose harus berbagi kasihlah gini. Selama ini, hanya Kitty anak emas Cik Rose. Segala-galanya Kitty gitu.. Sedikit coretan di sini, Kitty ni behave sangat dan pembersih. Tak susah untuk menjaga Kitty. Cuma, Kitty memang takut dengan orang lain. Dengan Cik Rose je dia ok, tunjukkan perangai sebenar dia. Hihi. 


Lain kali Cik Rose cerita panjang mengenai Kitty. Kali ini, nak fokus pada cerita bagaimana Muffin boleh wujud. hihi. 


Muffin datang dari mana?




Suami Cik Rose deal dengan seseorang di Kluang, dan Muffin pun tiba di rumah pada 07 Julai 2021. Sewaktu menanti Muffin sampai, Cik Rose sibuk dah dok fikir nak letak nama apa. Macam-macam namalah yang ada di fikiran ni. Anak kucing jantan, emmm nama apa yang best yer. Cik Rose mestilah  nak nama yang gempak. Ala-ala over the sea gitu. Tak nak nama tempatan. Hihi. 


Setibanya Muffin di rumah,automatik terkeluar di bibir ni nama Muffin. Eh macam comel je, macam kuit jer. Jadinya, Cik Rose panggillah anak kucing yang comel ni Muffin. Nama penuhnya Muffin the cupcake. Kah!


Baka  ELH - Exotic Long Hair


Muffin ni baka ELH - Exotic Long Hair. Sekali tengok macam kucing bakat flat face pun ada. Muka penyek gitu, ada pula yang cakap muka sedih dan muka orang tua. hihi. 


First time dukung Muffin, alahai kecik molek je dia. Manja! Elok je duduk. Tapi, bab makan berselera. Sehari dua di rumah,dia berak cair. Cik Rose bagi makanan yang tuannya selalu bagi. Bila dah jadi macam tu, Cik Rose tukar makanan ke Royal Canin Mother and Babycat. Alhamdulillah, dia nak makan. Berbeza dengan Kitty dulu. Kitty tak berminat dengan Royal Canin. Bagi makan, tak luak-luak. Eh nanti nak kena buat entry khas ni mengenai makanan yang Cik Rose bagi pada Kitty. 




Nak menjaga Muffin ni mudah bagi Cik Rose. Jenis manja dan aktif. Dan suka berkawan. Tapi, biasalah kucing baru, mestilah Kitty buat aktiviti suai kenal dulu. Ragging pulak dah. Cik Rose perlulah berlaku adil, tak bolehlah nak beza-bezakan kasih sayang antara Kitty dan Muffin. Keduanya Cik Rose love!


Terima kasih suami, hadirkan Kitty dan Muffin dalam hidupku. Akan ku jaga sebaiknya. Eh, bukan dua je. Sekarang dah tiga. Jamil...Jamil.. ku sangkakan dua, rupanya tiga. Nasib baik tak empat. Hahahah. Cik Rose dah ada 3 ekor kucing. Kucing ketiga sape pulak?  Tunggu... Cik Rose akan share di entry akan datang. 



PERLU LEBIH PEKA TENTANG KESIHATAN KUCING


Jaga kucing ni, bukan sekadar bagi makan minum dan tempat berteduh. Bila kita dah jaga kucing, semuanya kita risau. Kena beri perhatian bab kesihatan, emosi dan lain-lain. Cik Rose ni dah tahap bersembang dengan anak-anak Cik Rose ni. Suami Cik Rose pun pelik, dorang boleh faham cakap Cik Rose. Cik Rose ajak makan ke, ajak ke bilik ke. 


Dan yang buat Cik Rose terharu, dorang ni tahu je kalau Cik Rose balik rumah. Cik Rose berkerja office hour. Kalau balik petang, Dorang mesti tunggu dekat pintu. Pernahlah Cik Rose nak uji. Cik Rose balik tengahari pn, dorang tahu. Alah alah macam mana tak sayang. 



Ok, nanti Cik Rose cerita lebih detail mengenai kucing-kucing Cik Rose dan pengalaman menjaga kucing. Cik Rose bukanlah pakar, tapi tak salah berkongsi pengalaman. Apa yang Cik Rose tahu kan. Mengenai makanan yang baik untuk kucing, pasir kucing yang best, kesihatan kucing dan lain-lain hal dalam penjagaan kucing. 


Terima kasih sudi membaca coretan Cik Rose. Kalau korang nak tengok aksi dan gelagat kucing-kucing Cik Rose, bolehlah follow tiktok Cik Rose di sini : 

TIKTOK CIK ROSE


Banyak video mereka  yang Cik Rose kongsikan. 




Gambar kat atas ni adalah gambar Muffin pada Oktober 2021. 

1 comment:

  1. Kucing kan haiwan yang selalu bersama manusia. Kalau duduk dengan orang Melayu dia faham bahasa Melayu. Ikut bahasa tuan kucing tu.

    ReplyDelete