BERTUKAR PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG BARU | WARDAH JADI PILIHAN

BERTUKAR PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG BARU | WARDAH JADI PILIHAN


Assalamualaikum. 

Produk penjagaan wajah adalah amat penting bagi diri Cik Rose. Sehingga kini, pelbagai jenama dan jenis produk penjagaan wajah  yang telah Cik Rose cuba dan amalkan. Ada produk yang sesuai dengan kluit Cik Rose dan ada pula yang tidak sesuai. 


Pelbagai jenama, dari harga yang murah hingga ke mahal, dari dalam negara dan juga luar negara. Kulit kita berbeza-beza. Ada yang sesuai dengan kita, tak pula sesuai dengan orang lain. Begitulah sebaliknya. Kualiti dan kesan sesebuah produk juga tidak boleh diukur dengan harga yang murah atau mahal.


Ada pencuci muka  yang Cik Rose guna harganya murah dan amat sesuai dengan kulit ni. Ada pula yang mahal tapi tak sesuai. Ni yang sedih, rugi duit iols kalau jadi macam tu. 


BERTUKAR-TUKAR JENAMA PENCUCI MUKA TAK BAGUS?


Cik Rose bukanlah seseorang yang gemar bertukar-tukar pencuci muka. Juga bukan jenis yang terlalu setia dengan sesuatu jenama. Eh macam mana ni. Berbelit sudah. hihi. 


Cik Rose tengok keadaan kulit, dan dapatkan yang bersesuaian dengannya. Gunalah secara displin. Tiba-tiba dapat produk review, Cik Rose guna pula produk tersebut. Yang elok, Cik Rose akan beli lagi untuk guna. Yang tak ada kesan atau kesan tak berapa nak bagus tu, itu jelah yang Cik Rose guna. Tak akan beli lagi guna duit sendiri. hihi. 


Cuma, kadang-kadang kulit ni sensitif. Bila dah guna terlalu lama dengan sesuatu jenama, dia dah tak nampak kesan, tak ada perubahan. Statik gitu jer. Tu yang Cik Rose mula cari lain. Ampun. hihi. 


BIJI-BIJI HALUS KELUAR DI MUKA


Baru-baru ni, Cik Rose berazam nak guna produk yang natural gitu. Jadi, Cik Rose dapatkan pencuci muka, toner dan pelembab dari satu jenama di Watsons. Sayangnya, setelah beberapa kali penggunaan, muka Cik Rose keluar biji-biji kecil pula. Tak pernah-pernah muka ni ada biji-biji kecil tu. Jadi, Cik Rose stop guna pelembab tu. Dan masih teruskan pencuci dan toner tu. Aduhai, jerawat senang muncul pula. Kulit Cik Rose kategori yang susah naik jerawat kecuali pada waktu nak period sahaja. 


Jadi, Cik Rose ambil keputusan nak tukar pencuci muka. Niat di hati nak kembali guna produk Syahirah yang warna hijau ala-ala kebiruan tu. Ala yang Korean tu. Produk tu memang sesuai dengan Cik Rose. Tapi, masa dok cari-cari tu, teman Cik Rose cadangkan jenama Wardah. Sebelum ni Cik Rose hanya pernah guna lipstick Wardah sahaja. 





Tanpa berfikir panjang, Cik Rose pun ambil pencuci muka, toner dan krim pelembab seperti di bawah : 


Lightening whip facial foam


Lightening Face Toner



Perfect Bright Moisturizer




Harga produk Wardah dalam kategori mampu milik. Bagi Cik Rose, agak murah berbanding jenama-jenama lain. Harapnya kulit Cik Rose serasi dengan produk Wardah ni. Cik Rose akan guna dahulu. Nanti Cik Rose ceritakan kesannya pada kulit wajah Cik Rose. Sesuai ke tidak. 


Korang boleh klik pada menu Beauty untuk membaca tentang produk penjagaan wajah yang pernah Cik Rose gunakan, atau klik sahaja di sini BEAUTY


KETAHUI JENIS KULIT SEBELUM GUNA SESUATU PRODUK


Tapi, untuk produk yang tak sesuai di wajah Cik Rose ni, Cik Rose tak sempat share lagi. Nantilah yer Cik Rose cerita. Nasib baik Cik Rose beli trial pack sahaja. Oh ya, seorang teman Cik Rose pakai produk tersebut dan ianya sesuai dengan dia. 


Sebab tu Cik Rose cakap, kulit kita ni lain-lain. Tak boleh nak blame kan produk tersebut. Kita kena kenal jenis kulit kita dahulu sebelum beli apa-apa. Ha gittew. Rasa rugi sangat bila tak sesuai dengan pencuci muka tu. Sebab dia jenis gel, bila cuci muka, best sangat rasa. Aduh sedih iols. 



Post a Comment

0 Comments