Thursday, December 02, 2021

KERAJAAN GALAK PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PAKAI BATIK SETIAP KHAMIS

KERAJAAN GALAK PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PAKAI BATIK SETIAP KHAMIS


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tentang pemakaian batik di kalangan penjawat awam. Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai pemakaian batik ini.




Sebenarnya, ia bukanlah baharu di kalangan penjawat awam. Sebelum ini juga telah dipraktikkan pemakaian batik pada hari Khamis di kalangan penjawat awam. Mungkin ada sesetengah Jabatan masih belum melaksanakannya. Tapi, dari pemerhatian Cik Rose, memang ramai yang dah pakai baju batik pada hari Khamis.


SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2021:
PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
bertarikh 1 Disember 2021


Semua Pegawai Awam digalakkan untuk memakai Baju Batik Malaysia pada hari Khamis & di majlis rasmi dalam dan luar negara.


Cik Rose kongsikan petikan dari BERNAMA


Kerajaan menggalakkan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan memakai pakaian batik Malaysia sebagai pakaian bekerja pada setiap Khamis termasuk bagi menghadiri majlis rasmi dalam atau luar negara seperti persidangan antarabangsa atau perjumpaan pelawat asing.

Menurut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021 yang diedarkan hari ini, yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, ketetapan pemakaian pakaian batik Malaysia itu tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam atau menghadiri majlis rasmi yang telah ditetapkan kod pakaian tertentu.

Dasar baharu itu juga tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, pemakaian peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan tersebut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Menurut pekililing itu ketetapan baharu itu meminda kehendak pemakaian pakaian batik Malaysia perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi.

"Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2008 mengenai Pemakaian Pakaian Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis adalah dengan ini dibatalkan," menurut pekeliling itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengisytiharkan tarikh 3 Disember setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bermula tahun ini dan berharap pengisytiharan tersebut dapat menggalakkan seluruh rakyat termasuk pihak swasta dan semua masyarakat berbilang kaum untuk memakai pakaian batik Malaysia.

-- BERNAMA


p/s : Ada yang komen di facebook, memberikan cadangan elaun pakai batik kepada penjawat awam. Agak-agak macam mana ye :)


1 comment:

  1. satu je masalahnya baju batik nih, leceh nak iron hahahha....

    ReplyDelete