SESI LIVE DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN TENTANG 10 CABARAN BISNES

SESI LIVE DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN TENTANG 10 CABARAN BISNES 

Peningkatan kes covid 19 beberapa minggu ini amat membimbangkan. Saban hari, jumlah kes meningkat dengan mendadak. Perkara ini amat memberikan kesan kepada masyarakat.

Setiap lapisan masyarakat terkesan dengan pandemik yang melanda ini, termasuklah peniaga-peniaga.

Banyak cabaran yang harus dilalui oleh semua peniaga. Benarlah orang cakap yang kejayaan tidak akan datang bergolek. Kita perlu berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan 'skill' dalam perniagaan.


Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!




Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan berkongsikan perspektif tentang 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 ini dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official, pada Ahad ini, pukul 8 pagi.



Mengenai RichWorks - Siapa mereka dan apa kaitannya dengan Usahawan?


Untuk pengetahuan bersama, RichWorks merupakan syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.


SESI LIVE BERSAMA DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN TENTANG 10 CABARAN BISNES!


Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi :


Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.


Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. - Bukan sedikit ya kenaikan harga barang. Cik Rose sebagai pengguna terkesan dengan beberapa kenaikan harga barangan yang mendadak. Ada barang yang boleh dikategorikan sebagai barang keperluan. Nak atau tak nak, Cik Rose terpaksa menelan peritnya.




Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


Keratan akhbar di atas menyatakan Perdana Menteri mengingatkan peniaga agar jangan ambil kesempatan naikkan harga barang. Cik Rose tidak terlibat dalam bidang ini, dan sudah tentu Cik Rose tidak pasti perkara ini disengajakan atau peniaga sendiri amat terkesan dengan peningkatan kos barang mentah.


Tambah Datuk Wira Dr Azizan lagi, "Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.




Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.


Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?


Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.


Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!



Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.


Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.


Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.


Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.




Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.


Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.


Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.




Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.


Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.




Khas untuk semua usahawan / peniaga yang ingin berjaya, jom tambah ilmu dengan menyertai sesi live Datuk Wira Dr Azizan Osman. Banyak input yang akan kita perolehi, dan gunakan dalam selok belok perniagaan.


Klik dan sertai saluran Telegram Azizan Osman Official https://bit.ly/vcdwdao  sekarang.








Post a Comment

0 Comments