8 RESEPI KUIH YANG SENANG DAN SEDAP UNTUK BULAN PUASA

8 RESEPI KUIH YANG SENANG DAN SEDAP UNTUK BULAN PUASA.| Assalamualaikum. Bila tiba bulan puasa, pelbagai jenis kuih dapat kita lihat di bazar Ramadan kan. Meriah, pelbagai rupa dan rasa. Kuih tradisional masih  mendapat tempat di hati semua.



Ramai yang suka buat sendiri kuih kan. Untuk menjamu seisi keluarga dengan air tangan sendiri. Rasa puas hati bila kuih kita menjadi dan ahli  keluarga berselera makan. 


Ada pelbagai cara dan resepi yang dikongsikan, baik di televisyen mahupun di media sosial. Setiap orang ada cara tersendiri. Buat sahaja ikut secara sendiri. Kita olahkannya mengikut selera kita. 

Dalam masakan, tiada yang betul dan tiada yang salah. Ikutlah cara masing-masing, asalkan ianya sedap dan menjadi. Tak gitu? 


Jom Cik Rose kongsikan resepi kuih muih yang sesuai di bulan puasa dengan cara yang sangat mudah dan pastinya sedap. 8 resepi kuih muih menjadi pilihan Cik Rose adalah seperti : 

  1. Roti Jala
  2. Popia Sayur
  3. Kuih Cara Berlauk
  4. Cucur Jagung
  5. Sardin Roll
  6. Kuih Donut
  7. Murtabak Mini
  8. Kuih Cara Manis


Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara untuk  membuat kuih-muih yang membuka selera ketika bulan puasa.


8 RESEPI KUIH YANG SENANG DAN SEDAP UNTUK BULAN PUASA


Resepi Roti Jala


Bahan-bahannya

3 cawan tepung gandum
3 cawan air 
1 biji telur 
2 sudu minyak masak 
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil pewarna 


Cara membuatnya


Satukan semua bahan dan kacau pakai whisk. Cik Rose blender je, lebih mudah. Elok tepungnya, tidak berketul. Dah siap, boleh la menjala ye .

Cubalah ya. Memang lembut roti jala ni. Kalau buat pagi, sampai ke petang masih lembut. 
Kesabaran yang tinggi memang diperlukan untuk menjala. Lenguh kaki dan tangan jadinya. 


Roti Jala dah siap. Nak cicah dengan kari. Macam mana pula cara nak sediakan kuah kari yang letops ni? 

Kalau Cik Rose,  karinya mesti ada kentang dan lobak merah. Tak cair dan tak pekat sangat kuahnya.  Memang terangkat! 


Resepi mudah nak sediakan kari ayam untuk dimakan bersama Roti Jala. 


Bahan bahan:

Ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari 
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
daun kari
Garam secukupnya


Cara cara:

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.

2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.

3. Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.

4. Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Kalau suka kuah pekat, kurangkan air. Boleh juga ditambah sedikit kerisik, wow sangat rasa dia tau! 


Resepi Popia Sayur Yang Mudah Dan Sedap


Resepi Popia Sayur Goreng. 

Bahan untuk inti:

Bawang putih dan merah (hiris halus)
Taugeh
Lobak merah (diparut. Atau hiris halus)
Kacang panjang ( dipotong kecil)
Tauhu ( dipotong kecip dan digoreng sekejap)
Telur
Udang ( rebus seketika dan potong kecil)

Kulit Popia.


Cara masak inti: 

Tumis bawang putih dan merah. Bila dah kekuningan, masukkan lobak merah dan kacang panjang. Biar sebentar. Kemudian, terus masukkan tauhu dan udang.  Letak garam sikit. Last sekali, masukkan tauge dan telur. Gaul sekejap, terus angkat.  Siap dah inti. Boleh la balut dengan kulit popia. 


Popia ni makan dengan sos cili pun sedap. Tapi, kalau nak lagi umpp, buat sendiri kuah cili tu. 


Cara buat kuah cili popia : 

Bawang putih ditumbuk kasar.
Cili kisar
Cuka
Garam
Gula
Air

Campur je bahan-bahan ni dalam periuk. Masak guna api kecil sahaja. Dah siap. 


Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Ringkas dan Pastinya Sedap Untuk  Dicuba



Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pewarna kuning

Cara:

Blend semua bahan sehingga sebati. *boleh tambah air jika bancuhan terlalu pekat. 


Cara untuk bakar:

Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili dan daun bawang/daun sup.
Tutup loyang dengan tudung periuk. Masak lebih kurang 5 minit menggunakan api perlahan.


Untuk inti, ada pelbagai jenis. Boleh buat ikut citarasa sendiri ya. 


Resepi Cucur Jagung Paling Mudah Disediakan



Apa yang diperlukan untuk buat cucur jagung? Hanyalah tepung gandum,  jagung, garam dan air. Ya, itu bahan asasnya. Boleh tambah isi udang, bawang dan sedikit pewarna untuk menaikkan seri cucur jagung. 

Memang mudah sangat. Resepi yang mudah, tetapi amat menyelerakan! Kalau tak ada kari,  cicah dengan sos cili. Wow sangat! 


RESEPI SARDIN ROLL a.k.a ROTI GULUNG SARDIN



Bahan-bahan

Roti (saya guna roti Gardenia)
Sardin tin
Bawang besar(Potong dadu)
Cili Merah(potong serong atau kecik-kecik)
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
Telur(dikacau, macam nak buat telur dadar)

Sedikit tepung(bancuh dengan sedikit air)


CARA-CARA

1. Hancurkan ikan sardin tu guna garpu. Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan sardin. Saya tak buang tau sosnya. Saya tumiskan sekali. ada sesetengah orang cuma guna ikan dia je. saya tak, saya lagi suka ada sos dia tu. Bila dah masak, Masukkan bawang besar yang dipotong dadu bersama cili besar ya. Dan boleh terus masukkan perahan limau tadi dan sedikit garam. Biar sampai kering... Dah siap pun intinya :)

2.  Gelekkan roti bagi leper. Bubuh inti, dan terus gulung. Kat hujung tu, boleh letak bancuhan tepung gandum, bagi dia melekat kan. Tak delah merekah nanti kan.. Celupkan roti tadi dalam telur dan terus goreng. Jangan celup awal, nanti kembang roti kita tu. Nak letak dalam kuali baru celup :) Dan jangan celup banyak, nanti bila goreng, telur tu macam serap minyak banyak pulakkan.



Resepi Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut





Resepi Kuih Donut Yang Mudah, Gebu dan Lembut

BAHAN-BAHAN:

A:
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula
1 paket yis ( serbuk)
1 cawan air suam
*campurkan bahan ini dan biarkan kembang

 B:
4 cawan tepung gandum
2 sdm marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam


CARA-CARANYA:


1. Ramaskan bahan B hingga jadi macam serbuk roti. 
2. Kemudian, campurkan bahan A yang telah kembang tadi dengan bahan B.  Gaul rata. 
3. Biarkan selama satu jam. Bekas tadi tutup dengan kain lembab. 
4. Lepas satu jam, tumbuk sikit doh tadi untuk keluarkan angin. 
5. Terus canai dan terap. 
6. Kemudian boleh goreng dengan minyak yang banyak. 
7. Dah siap, gaul dengan gula. 


Cara Buat Murtabak Sama Seperti Murtabak Bazar Ramadhan



Resepi Murtabak Bazar Ramadhan yang sangat mudah disediakan. 


Bahan-bahan untuk inti:

Ubi kentang dipotong dadu
Isi ayam
Bawang Besar di potong dadu
Rempah kari daging
Garam dan sedikit air

Cara-cara masak inti murtabak: 

Masukkan bawang dahulu. Bila dah naik bau, masukkan rempah kari. Biar sampai pecah minyak atau hingg rempah masak. Kemudian masukkan kentang. Biarkan dahulu. Bila separuh empuk, masukkan isi ayam. Biarkan hingga kering, masukkan garam. Dah siap. Kalau perlu, tambah air di awal penyediaan inti ni. 


Cara sediakan murtabak


Pukul beberapa biji telur untuk digaul bersama inti nanti. Style Cik Rose, akan masukkan inti sedikit demi sedikit. Bukan masukkan semua inti dalam telur tu. 

Panaskan pemanggang ajaib atau kuali. Letak minyak sedikit dan ratakan di kuali. Dalam bekas yang lain, letakkan kulit popia. Kemudian, letakkan inti di tengah-tengah kulit popia. Lipatkan menjadi empat segi. 

Angkat dan letakkan dalam kuali. Mudahkan? Boleh tambah sedikit minyak dalam kuali jika memerlukan. 


Resepi Kuih Cara Manis Yang senang dan sedap



BAHAN-BAHANNYA 

2 cawan tepung gandum 
3 cawan santan kelapa
2 biji telur 
3 helai daun pandan - letak 1 sudu kecil perisa pandan 
Beberapa titik pewarna hijau 
Gula pasir secukupnya( sebagai inti )
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak (untuk lenser acuan )


CARA –CARA


1. Cuci daun pandan dan potong kecil. Kisar bersama santan, kemudian tapis. Campurkan dengan tepung gandum, pewarna hijau, telur, sedikit garam dan kacau rata. Boleh kacau rata hingga sebati dengan menggunakan whisk atau blender sahaja.


2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api . Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang disimpul). 

3. Isi adunan tadi dalam bekas. Kitorang guna jug plastik yang kecil je, senang nak tuang.Tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 sudu). Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk.


4. Berhati-hati masa keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.


Itulah resepi pilihan Cik Rose kali ini. Resepi kuih-muih yang ringkas dan pastinya sedap. Buat sendiri untuk seisi keluarga. Selamat mencuba ya!




Post a Comment

0 Comments