Tuesday, April 26, 2022

RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG DAN KACANG BUNCIS SENANG DAN SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA

RESEPI MASAK LEMAK CILI API UDANG DAN KACANG BUNCIS SENANG DAN SEDAP UNTUK BERBUKA PUASA.| Assalamualaikum. Masak atau beli? Mana satu jadi pilihan? 

Sudah hampir ke penghujung Ramadan, bazar Ramadan kembali sesak. Orang ramai memilih untuk membeli sahaja di bazar kerana kekangan masa dan tenaga. 

Persiapan hari raya rancak dibuat. Itu ini, semuanya ingin disediakan. Korang pula macam mana? 

Pssttt untuk yang memilih memasak sendiri di rumah, kadang kala kekurangan idea nak masak apa kan. Kadang-kadang dah habis pusing dah menu-menu harian. 

Jom, Cik Rose kongsikan menu yang simple untuk dicuba. Menu yang pastinya sedap sesuai untuk seisi keluarga. 


Masak lemak cili api udang dan kacang buncis


 

Bahan-bahan untuk masak lemak cili api :


Kisar*

*10 batang cili api (ikut tahap kepedasan yang korang suka)

*Kunyit hidup (agak-agak banyak mana)

2 @ 3 batang serai di ketuk

15 ekor udang

Kacang buncis (kalau suka sayur, letak banyak)

Santan kotak yang kecil (kalau suka yang fresh, letak yang fresh)

Sedikit garam / cukup rasa. 


Itu sahaja bahannya. Simple kan? Ada yang nak letak bawang, boleh juga. Tiada masalah. Oh ya, untuk kali ni, Cik Rose tambah sebiji tomato. Saja tambah, alang-alang tomato dah ada dalam peti ais kan. 


Cara-cara menyediakan masak lemak cili api : 

Panaskan periuk. Kemudian letak bahan kisar dan juga serau. Kacau-kacau sedikit. Masukkan santan. Kacau lagi. Masukkan udang dan kacang buncis. Jika kering, boleh tambah sedikit air. Perasakan dengan garam dan cukup rasa. Dah siap. 


Senang kan ? Jangan lupa cuba tau. 



1 comment: