Tuesday, April 05, 2022

SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 DI TV3

SINOPSIS DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 3 DI TV3 

Ramai yang tidak sabar menantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3. Rasa ingin tahu tu melonjak, apa lagi yang berlaku dengan hubungan Khuzairi dan Mia ni. Bergaduh lagi ke dengan Mak Leha? Atau akan ada watak baru yang bakal menggugat hubungan cinta mereka?




Drama 7 Hari Mencintaiku 3 karya Siti Rosmizah akan ditayangkan bermula 16 April 2022 (Sabtu) di slot Akasia TV3. Kali ini, drama ini akan ditayangkan setiap hari, bukan lagi pada hari Isnin hingga Jumaat. Dibintangi Shukri Yahaya, Siti Saleha, Reen Rahim, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi pelakon hebat. 




Watak Pelakon 7 Hari Mencintaiku 3

Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Wan Sharmila sebagai Sofi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Bil Azali sebagai Zaidi
Jasmin Hamid sebagai Zarina
Faye Kusairi sebagai Syakila
Reen Rahim sebagai Fatin Husna
Sean Lee sebagai Dr Adam
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain
Silfeny Osman sebagai Azura
PU Azman sebagai Taufik





Sinopsis penuh drama 7 Hari Mencintaiku 3

Rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana diuji lagi selepas Khuzairi lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Sejak itu, Khuzairi menjadi panas baran kerana dia mula rasa diri tidak lagi sempurna sebagai suami kepada Mia dan juga ayah kepada anak mereka. 

Pada masa yang sama, Pak Samad sebenarnya tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan. Namun, Pak Samad merahsiakannya daripada pengetahuan keluarganya. Oleh itu, Pak Samad meninggalkan sepucuk surat kepada mereka dan meminta mereka mencari makna sebenarnya tentang cinta dalam 7 hari


Bagi yang terlupa pengakhiran 7 Hari Mencintaiku 2, boleh baca di EPISOD AKHIR DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2 DI TV3



OST 7 Hari Mencintaiku 3

Tajuk lagu : Kaulah Syurga
Penyanyi : Khai Bahar dan Lia Aziz




Lirik lagu Kaulah Syurga nyanyian Khai Bahar dan Lia Aziz

kau yang pertama dan yang terakhir 
kekal bersemi di hati ini 
tak kan goyah cintaku ini 
tetap utuh untukmu

kau syurgaku oh arjuna 
kasih padamu tiada hujungnya 
walau gelora badai melanda 
ku kan setia selamanya 

kita ditakdirkan bersama 
pimpin tangan menuju syurga 
tuhan satukan cinta kami 
hingga ke akhir nafas ini

jika terpisah di dunia 
cinta abadi buat selamanya 
sayang hingga ke hujung nyawa

kaulah dambaan cinta 
oh kaulah syurga 

kau bidadariku oh juwita 
penawar duka hati yang lara 
andai terpisah jiwa dan raga 
hati ini kan merana 

kita ditakdirkan bersama 
pimpin tangan menuju syurga 
tuhan satukan jiwa kami 
hingga ke akhir nafas ini

jika terpisah di dunia 
cinta abadi buat selamanya 
sayang hingga ke hujung nyawa 
kaulah dambaan cinta 

jika terpisah di dunia 
cinta abadi buat selamanya 
sayang hingga ke hujung nyawa 
kaulah dambaan cinta 
oh kaulah syurga 
oh sayang kaulah syurga


1 comment: