Sunday, June 12, 2022

CERITA LAYLA | ANAK DARA SI MANIS

CERITA LAYLA | ANAK DARA SI MANIS.| Betullah orang cakap. Bila dah jaga kucing ni, memang takkan kekal seekor. Mesti bertambah. Dulu memang Cik Rose tak percaya.Eh, taklah. Satu je cukup, Kitty tu. Kasih sayang hanya untuk Kitty

Hinggalah satu hari, Muffin pula hadir. Cukup berdua sahaja. Buat kawan Kitty, nak main-main. Eh eh, sama jantina. Dua-dua jantan. Dah pulak suami Cik Rose tambah lagi seeko gegirl, anak daraku, Layla Dahlia.

Benarlah seperti yang dikata, akan bertambah jua anak-anak comelku. Anak ketiga, Layla. Hadir pada 16 Oktober 2021. Dari Johor Bahru. Layla ni baka British Long Hair. Sebelum pergi ambil Layla, Tengok hanya dari gambar di handphone. Nampak dah besar dalam 3 bulan. Eh sekali Cik Rose sampai Johor Bahru, kecilnya Layla. Comel. Geramnya, manja sangat. 




Layla Dahlia


Cik Rose memang menitikberatkan pemilihan nama anak-anak comel ni. Hihihi. Memang Cik Rose yang pilih-pilih nama untuk mereka. Lihat sahaja kucing sebelumnya, Kitty dan Muffin. Jadi, untuk anak dara ni, sudah pasti Cik Rose juga yang pilih. Fikir punya fikir, dapatlah namanya Layla Dahlia. Cik Rose panggil Layla la, Ella la. Tapi, Layla pantang dengar Cik Rose panggil adikkkk. Berlari manja dia ke Cik Rose, siap menyahut lagi panggilan tu. Sebenarnya gelaran adik adalah untuk Muffin. Tapi, Layla ni dah perasan dia adik. Hai, comel sungguh gelagat. 




Manja dan lincah 


Layla ni manja. Sekarang ni, dia dah macam bodyguard Cik Rose. Ke mana Cik Rose pergi, ikut jer. sanggup tahan mata tak nak tidur sebab nak ikut. Cik Rose ke dapur, dia ke dapur. Pergi sidai kain, eh dia pun ikut. Pergi bilik air,  nak masuk juga. Sampai suami Cik Rose cakap Layla ni dah kena guna-guna dengan Cik Rose. hihi. Setiap malam, Layla akan ready nak tidur sebelah Cik Rose. Aduhai sayang. 


Bila dah ada tiga ekor anak comel ni, banyak yang Cik Rose perlu belajar dan titikberatkan. Soal makanan, vitamin, pasir, kebersihan diri mereka, kesihatan mereka, kebersihan rumah. Semua tu penting. Komitmen 100% perlu diberikan. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Cik Rose tak nak diri sendiri, keluarga dan anak-anal comel ni terabai. Semua harus diberi perhatian.


Bila dah jaga mereka, rasa sayang tu memang dah sebati dalam diri. Nak keluar lama-lama pun teringat mereka di rumah. Risau sangat jadinya. hihi. 




KOMITMEN DAN KESABARAN YANG TINGGI 


Cik Rose memang tabik hormat pada individu yang jaga banyak kucing. Memang terbaiklah. Nak jaga kucing, jagalah. Tapi, jangan sesekali menyusahkan orang lain. Jagalah baik-baik. Jika dilepaskan bermain di luar, tengok-tengoklah. Takut menganggu orang sekeliling, takut buang air merata-rata. Untuk makluman, kucing-kucing Cik Rose indoor sepenuhnya.


Banyak memori dengan ketiga-tiganya. Balik kampung, bawa semua. Kecuali kalau balik tergempar atau naik bas, kenalah tinggal. Terima kasih buat kawan suami yang sudi menjaga mereka jika kami balik kampung tergempar atau ada urusan di luar kawasan. 


Umur Layla sekarang dah mencecah 10 bulan. Membesarlah dengan baik anak daraku sayang, Layla Dahlia. 




Kitty - 2 tahun 2 bulan

Muffin - setahun

Layla - 10 bulan


Nak menulis tentang perjalanan Cik Rose menjaga anak-anak comel ni, memerlukan ruang masa yang teliti. InsyaAllah, di lain entry Cik Rose akan berkongsi tips menjaga kucing cara Cik Rose. Juga makanan terbaik untuk kucing-kucing Cik Rose, kos vaksin dan vitamin untuk si comel. Dan lain-lain lagi. 


No comments:

Post a Comment