Tuesday, June 14, 2022

TONTON DRAMA BISIK-BISIK GELORA EPISOD 3

TONTON DRAMA BISIK-BISIK GELORA EPISOD 3.|Drama adaptasi novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari akan mengisi slot Akasia TV3 bermula 21 Mei 2022. Drama ini menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang telah berakhir. Drama bersiri 35 episod ini diarahkan oleh Riza Baharudin, menggandingkan Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama.





Info Drama Bisik-Bisik Gelora

Episod: 35
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022
Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Novel: Fauziah Ashari
Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Norreen Iman, RJ, Harun Hashim, Raja Azmi, Shah Reza, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Shekeen Waida, Mak Mah, Nizam Kama, Damia Qaissarah, Dzul Hadziq


Watak Pelakon Drama Bisik-Bisik Gelora 

Redza Rosli sebagai Jad Izzuddin
Raysha Rizrose sebagai Banin Arumi
Gambit Saifullah sebagai Fakhri
Afifah Nasir sebagai Nada
Hafidz Roshdi sebagai Wari
Shakilla Khoriri sebagai Juni
Norreen Iman sebagai Izzati
Ruminah Sidek sebagai Nek Muya
Shah Reza sebagai Hamid
Edika Yusof sebagai Akalil
Kodi Rasheed sebagai Yahya
Shekeen Waida sebagai Maya





TONTON DRAMA BISIK-BISIK GELORA EPISOD 1 HINGGA EPISOD 35 (AKHIR)





Sinopsis Penuh Drama Bisik-Bisik Gelora di TV

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


No comments:

Post a Comment