TONTON DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2 EPISOD 1-20 (AKHIR)

TONTON DRAMA SETELAH TERLAFAZNYA AKAD 2 EPISOD 1-20 (AKHIR).|Setelah Terlafaznya Akad 2 akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 1 Jun 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104).



Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Michael Ang mengisahkan rumah tangga Hanan dan Nawal tiga tahun selepas lafaz akad keduanya. Kehidupan mereka menjadi lebih bahagia dengan kedatangan puteri sulung mereka, Qadeeja. Nawal juga dikejutkan dengan kandungannya yang kedua yang membawa warna pelangi dalam perkahwinan mereka. 


Namun kebahagiaan ini hanya sementara. Pertengkaran antara mereka berdua membuatkan Hanan memilih untuk pergi membawa diri. Kehadiran bapa tiri Nawal, Nawab, mengembalikan trauma Nawal di waktu Hanan pula tiada di sisi. Hanan semakin membenci Nawal akibat perbuatan Ida. Kebencian yang tercetus oleh Hanan kepada isterinya ini rupanya adalah perbuatan Ida yang menggunakan sihir pemisah kepada mereka atas perasaan hasad dengki kepada Nawal.




Drama Setelah Terlafaznya Akad 2


Episod: 20
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2022
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria slot MegaDrama
Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Bikash Nur Idris, Atilia Azhar
Pengarah: Michael Ang
Produksi: Juita Viden Sdn Bhd
Pelakon: Kamal Adli, Uqasha Senrose, Normah Damanhuri, Talha Harith, Musyi, Hamidah Wahab, Hiera Hasan, Nasz Sally, Seha Monica, Ellyas Abdullah, Adam Shah, Zeera Azizi, Shyrim Husni, Putri Darwisyah, Qaseh Qhairiena, Fadzil A. Aziz , Mak Wan


Watak Pelakon

Kamal Adli sebagai Hanan
Uqasha Senrose sebagai Nawal
Talha Harith sebagai Zaki
Musyi Mohtar sebagai Ida
Hiera Hasan sebagai Milah
Normah Damanhuri sebagai Tok Ma
Seha Monica sebagai Haryati
Sharifah Shahora sebagai Nafisah
Hamidah Wahab sebagai Wan Masitah
Elyas Abdullah sebagai Malek
Adam Shahz sebagai Mus
Zeera Azizi sebagai Hani
Nasz Sally sebagai Habibah





Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad 2


Tiga tahun setelah lafaz kedua, rumah tangga Hanan dan Nawal bertambah bahagia dengan adanya Qadeeja. Namun perangai mengada Nawal dan sikap kedekut Hanan masih tidak berubah yang mengakibatkan perhubungan mereka terkesan dengan perangai masing-masing.  

Nawal disahkan mengandung anak kedua. Dalam meniti kebahagiaan sebagai seorang isteri, Nawal tahu Ida sebenarnya ada hati pada suaminya tetapi Hanan selalu menidakkannya dengan mengatakan bahawa kononnya Nawal berperasaan cemburu tidak bertempat. Kehadiran Wahab pula mula merubah corak kehidupan perkahwinan mereka. Nawal difitnah mempunyai hubungan dengan Zaki sehinggakan Hanan percaya. Ini membuatkan Nawal lebih tertekan dan akhirnya dia keguguran, ditambah pula dengan peninggalan Tok Ma yang diserang sakit jantung. 

Nawal berasa kecewa apaila Hanan tidak mempercayainya sehingga dia bertekad untuk memilih untuk membawa diri. Pada saat itu, Hairuddin muncul untuk memporak-perandakan lagi hubungan mereka. Mampukah mereka mempertahankan kebahagiaan mereka?

Post a Comment

0 Comments