TONTON ONLINE DRAMA BISIK-BISIK GELORA EPISOD 21 HINGGA EPISOD 25 (AKHIR)

TONTON ONLINE DRAMA BISIK-BISIK GELORA EPISOD 21 HINGGA EPISOD 25 (AKHIR). Drama adaptasi novel ‘Bisik-Bisik Gelora’ karya Fauziah Ashari telah ditayangkan bermula pada 21 Mei 2022. Drama ini menggantikan drama 7 Hari Mencintaiku 3 yang telah berakhir. Drama bersiri 35 episod ini diarahkan oleh Riza Baharudin, menggandingkan Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai pelakon utama.




Korang kena tengok drama ni. Pada pendapat Cik Rose, bestlah. Mungkin sebab Cik Rose suka lakonan Raysha Rizrose. Tapi, jalan ceritanya memang menarik. 


Info Drama Bisik-Bisik Gelora

Episod: 35
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022
Waktu Siaran: Isnin-Ahad, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Novel: Fauziah Ashari
Penulis Skrip: Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Kodi Rasheed, Norreen Iman, RJ, Harun Hashim, Raja Azmi, Shah Reza, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Shekeen Waida, Mak Mah, Nizam Kama, Damia Qaissarah, Dzul Hadziq






Ramai yang tak sempat nak menonton drama ini di TV3. Kekangan masa bekerja, menguruskan keluarga dan lain-lain. Jangan risau. Tonton sahaja drama Bisik-Bisik Gelora ini secara online. 


TONTON DRAMA BISIK-BISIK GELORA EPISOD 1 HINGGA EPISOD 35 (AKHIR)

EPISOD 21 HINGGA 25 DRAMA BISIK-BISIK GELORA

https://www.hotstar.com/my/tv/bisikbisik-gelora/1260102752



Sinopsis Penuh Drama Bisik-Bisik Gelora di TV

Jad, seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.




Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir Allah, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Lagu Tema (OST) Drama Bisik-Bisik Gelora

Cinta - Marsha Milan

Lirik Lagu Cinta Nyanyian Marsha Milan

Detik berganti
Tak akan kembali sudah
Walau darah air mata

Tiap memori
Seakan menghenti masa
Renungkan suka dan duka

Fahami semuanya
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa

Inginnya aku berlari
Dan mendekatimu
Rupa-rupanya kau
Di depan mata

Ingin aku terbang tinggi
Teruskan mencari
Ku terlupa untuk menutup mata

Hooo hooo…
Hooo hooo…
Hooo hooo hoo…
Hooo hooo hoo…

Detik berganti
Tak akan melaju masa
Untuk melihat ke sana

Apa pun datang
Mudahkan sabar dan tenang
Minta senang kesulitan

Fahami semuanya
Fahamkan segala-gala
Kisah yang sudah
Beningkan raga
Jernihkan jiwa

Inginnya aku berlari
Dan mendekatimu
Rupa-rupanya kau
Di depan mata

Ingin aku terbang tinggi
Teruskan mencari ku terlupa
Untuk menutup mata

Post a Comment

0 Comments