1 September 2022 - MENGANJAK KE SUKU AKHIR TAHUN 2022

1 September 2022 - MENGANJAK KE SUKU AKHIR TAHUN 2022. | Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Alhamdulillah, hari ini 1 September 2022. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan diluaskan rezeki.

Sekejap je rasanya dah bertemu bulan September. Ke Cik Rose je yang rasa?

Ogos.

Cerita Ogos yang sarat, bagi diri Cik Rose. Bermain dengan emosi. Keadaan kesihatan diri, keluarga di kampung dan anak-anak bulus. Diuji dengan masalah kesihatan yang mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi penuh dengan ketakutan pada diri Cik Rose. Biasalah, bila usia dah makin meningkat, macam-macam hal difikirkan.

Apapun, Alhamdulillah. Semuanya telah berlalu, Allah Maha Menyembuhkan. Cik Rose kongsikan Doa dipermudahkan sebarang kesulitan seperti di bawah ini untuk manfaat semua yang membaca blog ini. 



Hadapilah setiap perkara yang terjadi dengan tenang dan belajarlah untuk menerimanya. Jika kita fikir kita susah, ada lagi yang masih susah di luar sana. Jika kita fikir kita sedih, ada lagi yang sedang bersedih di luar sana. Jika kita fikir kita sakit, masih ramai yang diuji dengan masalah kesihatan yang lebih berat di luar sana. 

Semoga kita semua dijauhi dari sebarang penyakit yang berbahaya.


Senyum selalu :)


Post a Comment

0 Comments