Friday, September 02, 2022

6 INSENTIF PENJAWAT AWAM DAN PESARA DIUMUM PERDANA MENTERI

6 INSENTIF PENJAWAT AWAM DAN PESARA DIUMUM PERDANA MENTERI

Ramai yang berteka-teki mengenai kenaikan gaji dan kenaikan elaun penjawat awam. Ia berikutan akan diadakan satu Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Ogos 2022 (Selasa) yang akan dihadiri Perdana Menteri. 

Akhirnya ia terjawab pada Selasa lalu, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan enam insentif  buat penjawat awam di seluruh negara bermula Januari 2023.



6 INSENTIF PENJAWAT AWAM 

Pertama: Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak.

Kedua: Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah
berkhidmat melebihi 10 tahun.

Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi.

Ketiga: Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam.

Keempat: Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Kerajaan bersetuju menambahbaik Kadar Tetap sebanyak tiga peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Kelima: Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023.


Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

Keenam: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

Anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah akan menerima BKK berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Beliau juga menggesa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan agar relevan dengan keadaan semasa serta kemampuan kewangan kerajaan.


No comments:

Post a Comment