Friday, September 23, 2022

UBI JUARA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 3 (2022)

UBI JUARA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 3 (2022). Tahniah untuk Kumpulan Ubi yang telah berjaya menjuarai Muzikal Lawak Superstar 3.  



Ubi dianggotai Fad, Syarif dan Namee. Persembahan pertama Ubi berlatarkan benua Australia telah berjaya mendapat 5 bintang!  Persembahan keduab ertemakan bebas juga telah mendapat 5 bintang. 


Persembahan pertama penuh kejutan


Penampilan khas menerusi rakaman video - digambarkan melalui panggilan video iaitu Erra Fazira dan Datuk Yusof Haslam. Di akhir persembahan pula mereka menyanyikan lagu raya dalam keadaan lampu tertutup. Tapi,  baju mereka bercahaya!


4 kumpulan yang berentap untuk bergelar Juara Muzikal Lawak Superstar 3 sebentar tadi adalah Kumpulan OOD, UBI, BAHROY dan CILI. 




Juri tetap Muzikal Lawak Superstar 3 adalah Dato’ Awie, Siti Saleha dan Najip Ali. Pengacaranya adalah Elly Mazlein dan Sharnaaz Ahmad. 


Keputusan penuh FINAL Muzikal Lawak Superstar 3 2022


Juara : Ubi
Naib Juara : CILI
Tempat ketiga : BAHROY
Tempat keempat : OOD

Juara  membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula meraih RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing menerima hadiah wang tunai sejumlah RM50,000 dan RM25,000.


Tahniah Ubi. Tahniah buat semua peserta yang telah berusaha bersungguh-sungguh. 


No comments:

Post a Comment