WORDLESS WEDNESDAY : BEZA NESCAFE TARIK DAN NESCAFE PANAS

WORDLESS WEDNESDAY : BEZA NESCAFE TARIK DAN NESCAFE PANAS.| Assalamualaikum. Lamanya rasa tak menulis tentang 'Wordless Wednesday' di blog. Aih, bertahun jugak rasanya. Yer, memang lama. Masa zaman rancak menulis, memang setiap hari Rabu, akan ada entry Cik Rose berkaitan 'Wordless Wednesday' ni. Makin hari makin hilang dah. Hari ni teringat semula dan saja letak tajuk ni. 





Ok, berbalik pada tajuk di atas. Beza Nescafe tarik dan Nescafe panas. Memang ada bezanya. Cik Rose dan suami, sama-sama penggemar Nescafe. Tapi, kami ada masalah bila nak order di kedai makan. Cik Rose akan sebut Nes tarik. Tapi, suami pulak sebut Nes panas. Nampak sama, nescafe. Tapi, memang lain. Nes tarik ada buih, tu yang special. Nes panas pula, dihidang dengan susu di bawah, nescafe di atas. Kita kena kacau sendiri.

Cik Rose tak minat macam tu. Nampak susu mengggerunkan. Hihi gurau sahaja. Entahlah pada tekak Cik Rose, rasanya memang berbeza. Nes tarik ni lebih feel bila minum. Suami pula memang suka yang kena kacau sendiri tu. 

Kebanyakkan kedai yang kami pergi, memang hantar satu nes tarik dan satu nes panas. Nak dijadikan cerita, minggu lepas kami sarapan di luar. Order roti canai dan dua jenis nes tu. Tapi, yang sampai dua nes tarik. Yahooo happy Cik Rose. Agaknya orang kedai tu cakap. Aduhai, sama je nescafe jugak. Tu yang ditarik dua -dua. hihi.


Post a Comment

0 Comments