Assalamualaikum.
21 Ramadhan 1444H, hari Rabu. Alhamdulillah.
Sayu di hati. Cuba sedaya upaya untuk menyimpan rasa hati. Cuba berkelakuan seperti biasa. Namun, dah namanya manusia. Mana mungkin kita menolak apa yang terbuku di hati.
Berbagai-bagai perkara yang terjadi, satu persatu berlaku. Cuba untuk terima sebaiknya. Cuba bersangka baik. Moga hati ini berlapang, menerima apa yang telah tertulis.
Mungkin saja kerana kita kuat, kita di uji sedemikian rupa ~ cuba untuk memujuk hati sendiri.
Tatkala keseorangan cuba untuk tidak berfikir ke arah itu. Namun, bagaimana mahu menolak akal fikiran yang galak mengimbau memori lama. Lihat itu, teringat. Lihat ini, teringat. Dengar itu, teringat. Dengar ini, teringat. Air mata deras mengalir. Biarkan saja, jika itu bisa menyembuhkanmu. Seusai itu, bangkitlah dan terus tersenyum.
Sumber gambar : instagram MIZZNINA
Orang yang melihat tidak mungkin akan merasai apa yang kita lalui. Dan jangan sesekali kita berharap orang sekeliling akan memahaminya. Setiap dari kita punya cerita masing-masing. Kita juga mungkin tidak merasai apa yang mereka rasa.
Cumanya, cubalah untuk tidak bercakap perkara yang tidak baik. Cubalah menjaga hati. Jika tidak mampu, diam sahaja dari terus menyakiti dengan tutur bicara yang keluar dari mulut kita.
Sekadar luahan rasa,
Cik Rose
12 April 2023
Di kesempatan ini, Cik Rose ingin memaklumkan yang adik ipar Cik Rose selamat melahirkan bayi lelaki pada 09 April 2023. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Moga adikku, Syafiq akan menjadi bapak yang bertanggungjawab dan baik untuk puteranya, begitu juga buat Nad. Selamat berpantang. Selamat menempuh kehidupan sebagai ibu. Alhamdulillah.
Anak sedara yang ke 7 buat Cik Rose.
Daniel
Dania
Danish
Ana (meninggal dunia)
Mahdi
Arif
Dawud
Jika sahaja arwah mak masih ada...
0 Comments