IKHLASKAN HATI

 Assalamualaikum.

Ternyata bukan mudah nak mendisplinkan diri. Bukan mudah nak cari waktu untuk menulis. 


***

Updated tentang batuk.

Lama benar kali ini  batuk menyerang. Tak tertahan rasa hati. Batuk berterusan hingga 3 minggu. Hingga sakit dada, sakit dalam telinga, sakit dalam tekak dan juga tak boleh menahan kencing.  Macam-macam ubat dan petua dah dicuba. Dengan pantang segala makanan dan minuman yang orang cakap tak boleh ambil. 


Akhirnya, diri mengalah. Stop segala  ubat. Stop pantang larang. Teruskan seperti biasa. Kerana tak nampak pengurangan bila berterusan pantang dan makan ubat. 


Alhamdulillah, beransur baik. Masih batuk-batuk manja sahaja. Syukur Ya Allah. Terima kasih buat semua yang memberikan cadangan ubat dan petua. Amat Cik Rose hargai. 


***

Lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Sayu di hati terasa. Sekejapnya masa berlalu. Gembira melihat kenalan Cik Rose yang menjejakkan kaki di Makkah. Moga Allah izinkan diri ini ke sana. 


KREDIT PHOTO : INSTAGRAM MIZZNINA


****

Cerita setiap orang tak sama. Skrip berbeza dan pelakon juga berbeza. Berkali-kali Cik Rose ajar hati ni. Ikhlaskan dan redha. Namun, bukan mudah ya. Perlahan-lahan, masih belajar. Moga baik-baik sahaja. 


Setiap yang terjadi hari ini, ada hikmahNya. Cik Rose percaya, Allah dah susun cantik-cantik. 



Post a Comment

1 Comments