PETUA HILANGKAN BATUK YANG BERKESAN

PETUA HILANGKAN BATUK YANG BERKESAN. Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Moga baik-baik hendaknya. Moga dikurniakan kesihatan yang baik. Agak lama tidak menulis di sini. Pelbagai perkara yang terjadi, membuatkan Cik Rose tiada mood untuk menulis. Eh salahkan mood pula, hihi.


Klinik ni berdekatan dengan rumah Cik Rose, harga berpatutan. Doktor pun best.


Dua mingu lepas, Cik Rose dilanda demam yang tidak kebah. Kejap demam, kejap ok. Selsema dan  batuk pun menyinggah. Alhamdulillah, selsema dah pergi. Yang hairannya batuk ni tak nak balik. Melekat pula kat sini. 


Cik Rose ke klinik pertama. Makan ubat on time. Tapi tak baik. 5 hari kemudian pergi klinik lain pula. Dapat ubat lagi. Makan juga. Kali ni, dibekalkan dengan antibiotik. Masih tidak baik. Ubat farmasi beli juga. Sama juga. Gula-gula angin, gula -gula batuk tak larat nak makan dah. Sampai rasa sakit gigi ni. 


Klinik yang ni masih dalam kategori dekat dengan rumah, tapi dah nak menghala ke jalan bandar. Doktor best, ada doktor wanita. Cuma, harganya tidak mesra poket. hihi. 


Cik Rose google petua hilangkan  batuk. Cuba pelbagai petua. Masih tak hilang. Antaranya, minum madu, lemon dan bunga cengkih. Minum pati sunquick. Makan buah nenas. Minum air panas-panas.Sama juga. Batuk kali ni, tak boleh sejuk sikit. Nanti menjadi-jadi batuknya. Panas pun tak boleh. Ujian buat Cik Rose.


Dalam keadaan kesihatan yang macam ni, Ada satu cerita gembira nak dikongsikan. Anak bulus Cik Rose, Layla Dahlia dah selamat bersalin pada 24 Mei 2023. Alhamdulillah.


Untuk pembaca blog Cik Rose yang dikasihi, jika ada ubat atau petua yang anda pernah cuba dan berkesan, mohon kongsikan dengan Cik Rose di ruangan komen. Terima kasih.  

Post a Comment

2 Comments

  1. setakat ni memang minum prospan. alhamdulillah cepat lega.

    ReplyDelete
  2. Kat socmed kata yang makanan dari korea tu pun elok untuk batuk. Lupa pulak nama dia. Tapi memang saya jus nenas je. sedap and berkesan.

    ReplyDelete