ALHAMDULILLAH DAPAT MAKAN MALAM BERSAMA KELUARGA. | Cuti sekolah pada bulan Ogos yang lalu, keluarga Cik Rose dari Kedah datang Johor. Ayah dan anak-anak saudara seramai 3 orang. Bersyukur dapat bertemu ayah dan anak-anak saudaraku. Abang Cik Rose dan seorang lagi anak saudara tak dapat turut serta kerana kerja. Sudah tentu Cik Rose merindui arwah mak (mohon bacakan AlFatihah dan Al-Ikhlas buat arwah mak.)
Cuti sekolah selama seminggu. Alhamdulillah, ayah memandu sendiri dari Kedah. Terima kasih ayah. Sebelum tiba di Johor, ayah singgah ke Port Dickson terlebih dahulu. Kemudian, bergerak ke rumah adik Cik Rose di Semenyih. Selepas itu, meneruskan perjalanan ke Batu Pahat, Johor.
Ok, kembali ke tajuk asal. Makan malam bersama keluarga. Kami memilih Restoran Mega Tomyam yang terletak di Parit Raja. Melihat kedainya pada waktu malam, memang menarik perhatian. Dihiasi dengan lampu-lampu berwarna biru. Dari jauh dah nampak.
Apa yang kami makan?
Kami memilih set keluarga untuk 5-6 orang makan. Menunya ialah Ikan Siakap 3 rasa, Tomyam Putih Campur, Sotong goreng tepung, Sayur Kailan Ikan Masin, Burung Puyuh Goreng Kunyit dan Telur Dadar.
Alhamdulillah, makanannya kena dengan selera kami. Juga sedap-sedap belaka dengan harga yang berpatutan. Kami makan 6 orang. Yang paling Cik Rose suka? Sudah tentu Sotong Goreng Tepung! Alhamdulillah.
Sesekali makan di luar bersama keluarga, memang puas hati. Juadahnya sedap, dan harga yang berpatutan.
0 Comments