Monday, September 04, 2023

FILEM MALBATT MISI BAKARA KISAH BENAR 19 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD) PADA TAHUN 1993

FILEM MALBATT MISI BAKARA KISAH BENAR 19 REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD) PADA TAHUN 1993. Filem Malbatt Misi Bakara telah ditayangkan pada 24 Ogos 2023 di Malaysia dan SingapuraFilem Malbatt Misi Bakara berkisar kisah benar di sebalik insiden Black Hawk Down yang menyaksikan tindakan berani mati anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, pada 1993.



MALBATT Misi Bakara merupakan sebuah filem aksi perang ketenteraan Malaysia 2023 yang diarahkan, diterbitkan dan ditulis oleh Adrian Teh. Filem ini dibintangi oleh Bront PalaraeShaheizy SamHairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari. Ia berdasarkan dari kisah benar tentang operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam perang saudara di Somalia pada tahun 1993. 

Penggambaran filem ini telah dilakukan di beberapa lokasi termasuk luar negara iaitu di Gaziantep (Turki), Pinewood Studio Malaysia (scene HQ MALBATT 1 dan Mogadishu) dan Pangkalan TUDM Subang (scene kontinjen MALBATT berlepas ke Somalia). Untuk menjadikan lakonan nampak seperti askar sebenar, para pelakon membuat latihan ketenteraan di kem di Port Dickson.

 



Filem ini diadaptasikan dari kisah benar operasi tentera Malaysia pada tahun 1993 yang menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari MALaysia BATTalion (MALBATT) menyelamatkan 70 lebih anggota askar Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu dalam kejadian Black Hawk Down. Pada awalnya, tentera Malaysia dan Pakistan menawarkan diri untuk misi menyelamatkan (rescue mission) tapi pada saat terakhir, Pakistan berundur dan meninggalkan Malaysia untuk meneruskan misi berani mati tu. Dalam misi tersebut, seorang anggota tentera Malaysia telah gugur dan 7 orang lagi cedera, namun mereka berjaya menyelamatkan dan membawa pulang kesemua anggota tentera Amerika yang terperangkap di Bakara.




REVIEW FILEM MALBATT MISI BAKARA

Wah nak review bagai. hihi. Sebenarnya Cik Rose ni tak pandai na review-review filem. Tapi, di sini Cik Rose akan ceritakan sedikit tentang filem ni dan apa yang Cik Rose rasa sewaktu menonton filem ni. Ikut citarasa Cik Rose yang tak berapa nak berseni ni ya. Setiap dari kita punya persepsi dan minat yang berbeza, kita raikan sahaj perbezaannya. 


BARISAN PELAKON MALBATT

Bila melihat senarai pelakon filem Malbatt ni, Cik Rose terus cakap wow! Sebab filem ni membariskan pelakon kita yang hebat-hebat seperti Bront Palarae, Shaheizy SamHairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, dan ramai lagi. 

Wah ramai ni pelakon hebat. Bila menonton je filem ni minggu lepas, memang Cik Rose puas hati. Lakonan tu sampai. Tahniah buat semua pelakon dalam filem ini. Yang menarik hati Cik Rose bila melihat watak Shaheizy Sam sebagai Lans Koperal Ramlee. Tidaklah jadi pegawai je kan. Pelakon hebat juga memegang jawatan LLP. Best! 

Cik Rose juga suka watak yang dilakonkan oleh Iedil Dzuhrie Alaudin. Penuh gaya sebagai anggota tentera.

Cik Rose menonton filem ni tanpa rasa bosan dan mengantuk. Melekat je mata ni dekat skrin panggung wayang tu. Babak tembak menembak tu mendebarkan hati Cik Rose. Terkeluar juga suara Cik Rose ni bila babak Dafi dan Safwan Nazri di tembak.(dua babak berbeza). 

Geram juga hati ni bila tentera US tak kenal MALAYSIA. Dan ada satu babak penerangan Misi Bakara, bila pegawai tentera US macam mencebik bila dengar MALAYSIA. 

Tengok filem ni, tanpa makan popcorn Cik Rose. Hihi. Punyalah kusyuk. Masa Cik Rose tonton filem ni, full house panggung ya. Tahniah buat team produksi filem Malbatt Misi Bakara kerana telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia untuk hadir ke panggung wayang bagi menyaksikan sendiri filem ini. 

Yang masih belum menonton, jomlah kita support filem ini. 


Selamat menonton! 

#MALBATT

#MALBATTMISIBAKARA


No comments:

Post a Comment