LIRIK LAGU FATWA PUJANGGA -SAID EFFENDI | Assalamualaikum. Malam tadi Cik Rose terdengar lagu Fatwa Pujangga di tiktok. Ada penggun atiktok ysng cover lagu ni. Perempuan. Sekali dengar, Cik Rose rasa sedap sangat lagu ni. Terus search di youtube. Oh ramai yang menyanyikan lagu ni. Tak tahu pula siapa penyanyi asalnya. Terus Cik Rose cari dekat google jer.
Penyanyi asal lagu Fatwa Pujangga ialah penyanyi dari Indonesia, Said Effendi.
Said Effendi (lahir di Besuki, 6 Ogos http://1923 – meninggal di Jakarta, 11 April 1983 pada umur 59 tahun) ialah seorang penyanyi penulis lagu muzik Melayu 1950-an hingga 1970-an yang lahir di Besuki. Beliau memasyhurkan lagu Seroja yang menjadi popular hingga ke Malaysia. Selain menulis lagu dan menyanyi, beliau juga pernah berlakon dalam beberapa filem, seperti Seroja arahan Nawi Ismail, Titian Serambut Dibelah Tujuh arahan Asrul Sani, dan Pesta Musik Lobana arahan Misbach Yusa Biran.
Said Effendi melantunkan lagu-lagu popular ciptaan sendiri, seperti Bahtera Laju, Timang-timang dan Fatwa Pujangga, serta karya orang lain, misalnya Semalam di Malaysia (karya Syaiful Bahri), Di Ambang Sore (Ismail Marzuki), dan Seroja karya Husein Bawafie. Lagu terakhir ini membawanya pada puncak kegemilangan.
LIRIK LAGU FATWA PUJANGGA -SAID EFFENDI
Telah kuterima suratmu nan laluPenuh sanjungan kata merayuSyair dan pantun tersusun indah sayangBagaikan madah fatwa pujangga
Kan kusimpan suratmu nan ituBak pusaka yang amat bermutuWalau kita tak lagi bersua sayangCukup sudah tanda setiamu
Tapi sayang sayang sayangSeribu kali sayangKe manakah risalahkuNak kualamatkan
Moga lah bang kau tak putus asa sayangPasti kelak kita kan bersua
Tapi sayang sayang sayangSeribu kali sayangKe manakah risalahkuNak kualamatkan
Terimalah jawapanku iniHanyalah doa restu ilahiMoga lah bang kau tak putus asa sayangPasti kelak kita kan bersua
0 Comments