Wednesday, September 06, 2023

TABUNG HAJI - KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI SEBELUM 1 OKTOBER 2023

TABUNG HAJI - KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI SEBELUM 1 OKTOBER 2023 | Assalamualaikum. Info dari Tabung Haji buat semua pendeposit. Pendeposit TH dinasihatkan untuk mengemas kini maklumat akaun TH sebelum 1 Oktober 2023 bagi melancarkan urusan dan mengelakkan sebarang kesulitan.



Ingatan! Pendeposit yang masih tidak mengemas kini maklumat peribadi, transaksi anda akan disekat. Kemas kini maklumat akaun TH sekarang bagi melancarkan urusan di Tabung Haji. 


Transaksi apa yang akan disekat? 


Pengeluaran, pendaftaran haji, semakan penyata dan lain-lain. 


Kemaskini maklumat akaun TH anda sekiranya ada sebarang perubahan pada maklumat sedia ada. Sekiranya tiada perubahan, anda tidak perlu untuk kemaskini.


Di mana boleh kemas kini?


Kemaskini boleh dilakukan di THiJARI atau Pejabat Cawangan TH yang berhampiran anda.



Apa yang perlu dikemas kini? 


1. Maklimat peribadi seperti alamat, nombor telefon dan email).

2. Maklumat pasangan (jika berkenaan)

3. Maklimat pekerjaan

4. Maklumat penamaan


Kenapa perlu dikemaskini?


Ia adalah bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa.



Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.


#tabunghaji #malaysiamadani #alfalah #kemaskini

1 comment: