MAKANAN YANG PERLU DIELAK OLEH PESAKIT ASMA

MAKANAN YANG PERLU DIELAK OLEH PESAKIT ASMA.| Assalamualaikum. Apa khabar semuanya? Moga berada dalam keadaan yang sihat dan baik-baik sahaja. Sebulan dua  ni, Cik Rose diuji dengan masalah kesihatan. Demam on off, selsema, batuk, ada kalanya cirit birit. 




Dah pergi ke klinik untuk ambil ubat, beli ubat di farmasi, mencuba petua-petua juga. Alhamdulillah, berkurang. Cuma batuk sahaja yang tak sembuh-sembuh. Sampai satu tahap, rasa sakit sangat di dada dan perut. Sampai terkencing-kencing. 


Hinggalah satu malam tu, Cik Rose rasa sukar bernafas. Jadi risau sendiri. Terus whatsapp suami yang sedang bertugas, cakap susah nak nafas. Suami balik ambil bawak ke RSAT. Terus ambil gas, sebanyak dua kali. Terfikir dalam hati, aku ni asma ke? Sebab dah lama tak kena. First dan last kena masa tahun 2007/2008 macam tu. 




Alhamdulillah, balik ke rumah dalam pukul 12 malam macam tu. Boleh tidur. Bangun pagi Isnin tu, bersiap ke tempat kerja. Kerja macam biasa. Malam tu, eh jadi balik. Rasa susah nak nafas. Semalaman tak dapat tidur. Duk urut-urut dada, sapu minyak. Minum air panas. Tak berkurang. 


Keesokkannya, suami bawa ke Klinik Kesihatan Senggarang. Cik Rose beritahu pada doktor yang batuk berpanjangan, demam on off, kadang-kadang jadi selsema. Fikiran Cik Rose, kena xray ke. Tapi, doktor terus check pernafasan. dan bertanyakan pada Cik Rose. Ada asma ke sebelum ni? Cik Rose terus cakap pernah kena dulu, tapi dah lama sangat. 


Doktor terus suruh ambil  gas dahulu.Selesai ambil gas, check pula tekanan darah tinggi. Eh tinggi pula. Rehat sekejap. Doktor cakap, sebab tak tidur kot.  Check lagi, normal. Alhamdulillah. Cik Rose dibekalkandengan ubat asma/paru-paru, ubat demam,ubat cair kahak dan inhaler biru. Doktor cakap Cik Rose batuk tu sebab semput. 




Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. 


Namun, Cik Rose masih batuk. Risau di hati ni. Di sini Cik Rose kongsikan artikel  Adakah Makanan Boleh Mencetus Asma? yang Cik Rose ambil dari laman web Pendidikan Pesakit (my health) Kementerian Kesihatan Malaysia. Moga membantu semua yang memerlukan seperti Cik Rose. 


Adakah Makanan Boleh Mencetus Asma?

 

Asma dan Makanan

 

·   Makanan hanya menyebabkan alahan kepada 5% sahaja di kalangan orang yang mempunyai asma.

·  Di mana makanan, aditif makanan dan juga bahan kimia berkaitan makanan BUKANlah merupakan pencetus utama bagi serangan asma. Walaubagaimanapun, aditif dan bahan kimia dalam makanan boleh mencetus serangan asma untuk pesakit-pesakit yang tertentu.

·  Reaksi atau alahan pada makanan adalah berbeza bergantung kepada individu dan jumlah pengambilan makanan tersebut.

 

 Jenis-jenis Makanan Pencetus Serangan Asma


Terdapat reaksi berbeza  bagi alahan makanan iaitu daripada reaksi/gejala ringan hinggalah ke tahap bahaya. Kebiasaannya serangan asma merupakan salah satu daripada gejala/tanda alahan yang lain.

 

Contoh-contoh makanan yang boleh menyebabkan alahan adalah seperti berikut;

1.      1.Telur

  1. Susu
  2. Kekacang
  3. Soya
  4. Tree nut (seperti walnut dan almond)
  5. Gandum
  6. Ikan dan hasilan laut (seperti udang dan sotong)
  7. alad
  8. Buah-buahan
  9. Aditif makanan

 

Gejala Alahan Makanan dan Asma

 

Gejala atau tanda-tanda alahan makanan adalah seperti ruam pada badan (urticaria), loya, muntah dan cirit-birit. Kebiasaannya, pesakit yang mengalami alahan makanan akan mendapat tanda-tanda alahan lain dan juga boleh diikuti dengan serangan asma iaitu batuk dan nafas berbunyi (wheezing). Sekiranya tidak diberikan rawatan awal akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

 

Makanan/Bahan Makanan yang Dapat Membantu Mengelak atau Mengurangkan Serangan Asma?

 

Terdapat beberapa makanan yang boleh membantu dalam mengelak atau mengurangkan serangan asma. Kerberkesanan sebahagian makanan ini bagi mengurangkan serangan asma masih lagi di dalam peringkat kajian. Contoh makanan tersebut ialah seperti berikut;

 

i. Epal – kajian menunjukkan bahawa mengambil 2 ke 5 biji epal seminggu dapat mengurangkan risiko asma sebanyak 32% berbanding kurang pengambilannya. Kandungan flavonoids di dalamnya membantu membuka rongga pernafasan;

ii.Makanan mengandungi vitamin C – vitamin C merupakan sejenis agen antioksida yang bagus untuk melindungi paru-paru daripada bahan-bahan radikal. Buah citrus banyak mengandungi vitamin C seperti oren, anggur dan jambu;

iii.Beta-carotene – kajian menunjukkan bahawa makanan mengandungi beta-caraotene (sejenis agen antioksida) seperti karot boleh mengurangkan kejadian serangan asma yang dicetuskan  oleh senaman;

iv.Kafein – kandungan kafein di dalam kopi dan teh boleh membuka rongga pernafasan sehingga 4 jam selepas meminumnya;

v.Flax seeds – flax seeds mengandungi omega-3 dan magnesium yang berguna kepada penyakit asma. Magnesium dapat membantu relaksasi otot di dalam paru-paru dan membuka rongga pernafasan. Namun begitu, kesan omega-3 pada penyakit asma masih lagi     di peringkat kajian;

vi.Gluthatione – avocado mengandungi bahan gluthatione (sejenis agen oksida) yang berfungsi melindungi paru-paru daripada bahan-bahan radikal; dan

vii.Bawang putih – ia mengandungi bahan pencegah radang (anti-inflammatory) dan juga allicin iaitu sejenis agen antioksida yang dapat mengurangkan serangan asma.

 

Pemakanan untuk Pesakit Asma


Pesakit asma perlulah mengambil makanan sihat dan seimbang. Makanan tersebut perlulah mengandungi makanan segar dan semulajadi. Pesakit asma perlu kurangkan pengambilan makanan proses.

 

Moga  baik-baik buat semua. Jaga diri :)

 

 


Post a Comment

1 Comments