NASI GORENG PATTAYA MENGGAMIT MEMORI SILAM

NASI GORENG PATTAYA MENGGAMIT MEMORI SILAM | Pelbagai nasi goreng ada di Malaysia. Boleh disediakan di rumah, dan boleh juga di beli terus di warung, gerai mahupun restoran. Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Paprik, Nasi Goreng Ikan Masin dan banyak lagi. Kali ini, Cik Rose nak menggamit memori bersama Nasi Goreng Pattaya. 




Menarik tak Nasi Goreng Pattaya ni? Bagi Cik Rose amat menarik. Alkisahnya hari tu, Cik Rose macam tak ada idea nak order apa. Selalunya kalau makan di gerai, Cik Rose akan order Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Goreng Udang atau Nasi Goreng Daging. Nak dijadikan cerita malam tu, Cik Rose macam tak tahu nak order apa. Mulut ni laju je menyebut Nasi Goreng Pattaya. 


Alhamdulillah, bila sampai nasi gorengnya, Cik Rose rasa emmm sedapnya nampak. Sebab nampak telur dadar yang menyaluti nasi goreng tu macam lembut. Tak garing dan tak juga pecah. 


Bila makan sesuap, yes. Betul sangkaan mata ni. Ternyata sedap ya. Alhamdulillah. Cuma, nasi goreng yang diisi dalam telur dadar ni memang tak pedas. Begitulah resepinya di mana-mana kedai. 


Tak mengapa. Boleh je makam dengan sos tu. Boleh minta cili potong ke kalau nak pedas kan. Pernah juga masak sendiri dulu-dulu. Apalagi, ubah resepi nasi gorengnya. Jadikan ianya pedas, ikut selera sendiri. Hihi. 


Ok, sekian dulu. Makan ape tu malam ni? Share lah dekat komen. 


Selamat malam!


Post a Comment

1 Comments

  1. Nasi Goreng Pattaya ni dulu masa time belajar sekolah menengah mmg itu ajer yg diorder.. Simple. Dan unik kene balut telur..

    ReplyDelete