Bukan mudah nak jadi baik, tapi kita cuba jadi baik.| Assalamualaikum. Ha, baca tajuk ni berpusing tak? Tak kan. Bahasa mudah sahaja. Semua orang nak jadi baik. Tak ada yang nak jadi jahat.
Namun, bukan mudah nak jadi baik ni. Ada sahaja yang tak kena di mata orang sekeliling. Peraturan pertama, jangan dengar cakap orang dan jangan terlalu menurut kata orang. Jadilah diri sendiri, tanpa menyakiti orang lain.
Cik Rose ada terjumpa gambar di bawah ni di instagram. Cik Rose rasa sangat menarik dan nak kongsikan di sini. Terima kasih buat empunya gambar.
Cik Rose tak pasti apa kena dengan diri. Malam 30 September 2023, Cik Rose jadi sensitif. Teringat akan arwah mak dan kakak. Lepas tu, mata ni berair je tanpa sebab. Air mata ni nak mengalir je. Cik Rose menangis sepuasnya, dan cepat-cepat cakap pada diri. Dah, cukup tu. Dah menangis kan, dah lapang kan. Kena bangkit jalani hari seperti biasa!
YOU CAN BE A KIND PERSON AND STILL
Still what?
1. You can be a kind person and still say NO, despite others feeling. Bukan mudah ya nak berkata TIDAK. Terlalu sukar untuk menolak. Pengalaman diri sendiri. Marahlah macam mana pun, kecewalah macam mana pun. Bila ada yang minta pertolongan, beri arahan, pelawaan, sukarnya nak cakap TIDAK. Rasa tak sampai hati. Ada yang macam ni tak? Akhirnya perasaan sendiri yang kecewa, diri sendiri yang penat, sedih, kecewa, terkorban dan lain-lain.
4. You can be a kind person and still STICK UP yourself. Tetap pendirian. Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, cakap tak nak. Tak ada yang boleh memaksa kita untuk mengikut kata majoriti.
5. You can be a kind person and still make mistakes, or say the wrong thing. Kita ni manusia biasa. Tak lari dari melakukan kesilapan. Jika buat salah, kita akui sahaja. Jangan berpusing-pusing hingga orang tak faham. Jangan nak menegakkan benang yang basah. Kita bisa sahaja melakukan kesilapan, kita jadikan ia pengajaran buat diri kita. Cuba perbetulkan.
6. You can be a kind person and still be in bad mood without hiding it. Hal perasaan ni siapa yang bisa menduga? Kita tak dapat nak jangka. Pagi ok happy-happy ketawa-ketawa, tiba-tiba tengahari kita jadi sedih. Eh petang kita rasa nak marah-marah. Namun, namun, namun kena ingat. Janganlah bad mood tanpa reason. Sudah tentu perasaan kita berubah ni sebab ada benda yang berlaku, yang mengusik rasa kita. Bukan tiba-tiba nak bad mood. Dan kita kena ingat. Kita ada perasaan, dan orang lain pun ada perasaan juga. Jangan pentingkan diri sendiri sahaja.
7. You can be a kind person and still set boundaries with others. Kita boleh sahaja bergaul dengan semua orang. Tapi, tetap ada batas sempadannya kan. Tak semua kita boleh ‘masuk’ atau ‘langgar’. Sebab tu, berpada-padalah nak bercerita atau nak meluah. Bimbang ia akan dijadikan bualan atau ‘senjata’ untuk menjatuhkan kita.
8. You can be a kind person and still be selective about who you keep in your life. Yes ini penting. Kita boleh nak berkawan dengan siapa sahaja. Tapi, nak cari keserasian tak mudah kan. Jagalah kualiti hubungan, bukan kuantiti. Biar kita tak ramai kawan, tapi hati kita bahagia. Bukan ramai kawan, tapi kita tersakiti.
Sekian, kata-kata pujangga untuk pagi ini. Bermadah sekali sekala. Dalam frasa hati tersakiti macam ni, memang laju je menaip. Hihi.
1 Comments
Betul. Tak semudah yang disangka untuk menjadi yang terbaik di mata orang.
ReplyDelete