Monday, October 02, 2023

KEPUTUSAN MARKAH PESERTA KONSERT MINGGU 2 GEGAR VAGANZA 2023 ALL STARS

KEPUTUSAN MARKAH PESERTA KONSERT MINGGU 2 GEGAR VAGANZA 2023 ALL STARS| Minggu kedua menyaksikan para peserta menyanyikan lagu pilihan sendiri. Ia seharusnya menjadi kelebihan buat para peserta untuk menyerlah kerana dapat memilih lagu sendiri dan bukan ditentukan oleh produksi atau juri.



Hady Mirza menjadi juara minggu 2 bagi All Stars Gegar Vaganza malam tadi apabila beliau memperoleh markah 79.00%, mengatasi 15 peserta yang lain. Hady Mirza menyanyikan lagu How I Am Supposed To Live Without You nyanyian Michael Bolton.


Kejutan pada minggu kedua, terdapat dua peserta tersingkir iaitu Suki Low dan Cliff Umar. Masing-masing memperoleh markah 56.25% dan 53.25%.


Kedudukan dan Markah  Peserta Konsert Gegar Vaganza 10 Minggu Kedua


Hady Mirza (How I Am Supposed To Live Without You) - 79.00%

Jaclyn Victor (Sepi Sekuntum Mawar Merah) -75.50%

Azharina (Ayah) - 74.50%

Liza Hanim (Setelah Aku Kau Miliki) - 73.00%

Aishah (Flashdance What A Feeling) - 69.50%

Noryn Aziz (Akhirnya Kini Pasti) - 69.25%

Nikki Palikat (Bersama Akhirnya) -68.50%

Naqiu (Setahun Sudah Berlalu) - 66.75%

Siti Nordiana (Sepi) - 66.50%




Ayai (Bunga Pujaan ) - 66.25%

Tomok (Malam) - 65.75%

Zamani (Sambutlah Kasih) - 65.50%

Aliff Aziz (Sampai Mati) - 65.25%

Ezad Lazim (Potert) - 60.50%

Suki Low (Tak Ingin Usai) - 56.25%

Cliff Umar (Laskar Cinta) - 53.25%


PERSEMBAHAN GV LEBIH HEBAT DAN SENGIT!

Dengan menampilkan juara-juara sepanjang sembilan musim serta lima pilihan para peminat, ‘GV’ kali ini semestinya lebih menarik kerana para peserta bakal berentap dengan yang terbaik di persada muzik tempatan bahkan nusantara. Sudah tentu semua peserta akan menampilkan persembahan yang hebat dan lain dari yang lain untuk kekal di pentas GV! Selain kehebatan vokal yang ingin ditonjolkan, peserta juga sudah tentu lebih teliti dalam persembahan dan pemilihan lagu. 


JURI GEGAR VAGANZA 2023

Seperti musim lalu,  barisan juri masih diketuai Dato’ Ramli MS ,Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.


PENGACARA GEGAR VAGANZA 2023

Nabil, Jihan dan Elly Mazlein


FORMAT ALL STARS GEGAR VAGANZA 2023

All Stars Gegar Vaganza masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

No comments:

Post a Comment