REVIEW BODY MIST DARI BATH & BODY WORKS - WANGIAN YANG PALING BEST.| Bath & Body Works mendapat tempat di hati penggemar wangian. Body mist, candles, sabun, dan lain-lain. Begitu juga dengan Cik Rose. Jatuh hati dengan produk Bath & Body Works ni. Pernah beli body mist, body wash dan hand soap. Cuma candles je belum berkesempatan nak beli.
Ok, entry kali ni Cik Rose nak fokus dengan wangian yang Cik Rose suka iaitu Gingham (biru) dan Poppy. Antara wangian yang pernah Cik Rose cuba adalah A Thousand Wishes, Champagne Toast, Pure Wonder, In The Stars, Winter Candle Apple, dan Perfect Peony.
Wangian yang memikat hati Cik Rose ialah Gingham. Baunya fresh dan lembut. Tak menyengat hidung. Siang ke malam ke, sesuai je bauan dia ni. Nak tahu tak, Cik Rose juga suka sembur Gingham ni di langsir. Wah wangi je bilik!
Gingham ni dah banyak kali juga repeat beli.
GINGHAM
This blend of blue freesia, sweet clementine and soft violet petals is the definition of a beautiful picnic. It's a scent that you'll wear for every occasion – from work to weddings and lazy summer days to romantic winter nights.
Poppy pula, wangian yang baru Cik Rose cuba. Tak tahu jenis bau dia macam mana. Kiranya main beli je. Tapi, sebelum beli tu ada tengok di tiktok. Tengok review orang yang dah pernah guna. Dan ada juga join live tiktok, tanyakan ada tak bau yang ala-ala Perfect Peony. Sebab dah macam susah nak mencari Perfect Peony. Ramai yang suggest beli Poppy kalau suka Perfect Peony. Dan yes! Cik Rose suka. Bauan floral yang lembut. Yang manis, tapi bukan sangat manis. Bauan floral -- fresh -- sweet. Ha gitu. Sedap!
POPPY
sweet florals dancing in fresh late-summer air—bright, bold and cheerful. Fragrance notes: fresh morning dew, wild poppies, sugared rhubarb and juicy pear.
Tips nak membeli Bath & Body Works ni, beli time sale. Jangan beli time takde sale. Rugi korang. Kalau time sale, pernah dapat RM 35 - RM40 untuk sebotol besar ni. Jimat dah!
Ni antara koleksi body mist yang pernah Cik Rose beli. Beli botol kecil masa ni, sebab tak tahu jenis bau dia macam mana. Bila dah tahu dan dah suka, baru kita repeat beli botol besar pula kan.
A Thousand Wishes ni memang bau mewah dan eksklusif. Tapi, pada Cik Rose baunya agak kuat. Kalau pakai di tempat yang sejuk / beraircond lagi naik bau dia. Jangan sembur banyak-banyak, menyengat nanti.
Winter Candy Apple tu pulak terlalu manis bagi Cik Rose. Bau epal merah yang agak biasa pada Cik Rose. Boleh di buat pakai harian.
Gingham dan Perfect Peony ni memang dah melekat di hatiku. Hihi. Bauan kegemaran.
Ramai yang cakap Champagne Toast tu sedap baunya. Tapi, tidak pada Cik Rose. Dia bauan berries yang manis. Bagi Cik Rose, terlalu manis dan kalau pakai lama-lama macam masam pulak rasa. Emm tak best. hihi.
In The Stars, sedap. Bauan vanilla yang sedap. Pure Wonder pula bauan elegan gitu. Tapi, sedikit kuat. Jangan sembur banyak-banyak yer.
Selamat berwangi-wangian semua :)
0 Comments