KELEBIHAN MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH

KELEBIHAN MEMBACA 2 AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH




Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:


مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ


Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” 

Riwayat al-Bukhari (5009)


Berdasarkan hadis ini, Rasulullah SAW mengajar kita antara bacaan yang boleh diamalkan pada setiap malam ialah dengan membaca dua ayat terakhir surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286. Imam al-Nawawi menjelaskan makna cukup bagi orang yang membaca 2 ayat tersebut adalah cukup baginya mendirikan malam tersebut, cukup baginya agar terpelihara daripada kejahatan syaitan dan daripada kebinasaan-kebinasaan serta boleh jadi ia membawa makna kesemuanya sekali.


Jangan lepaskan peluang mengamalkan bacaan 2 ayat ini, memandangkan ia amat mudah untuk diamalkan, mempunyai kelebihan yang amat banyak dan lebih-lebih lagi ia bersumberkan dari hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari.


Sumber : Laman Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

Post a Comment

0 Comments