Membina daya kekuatan mental: Bagaimana cara untuk memiliki mental yang kuat?

Membina daya kekuatan mental: Bagaimana cara untuk memiliki mental yang kuat?|Setiap individu pasti pernah melalui saat yang sukar dalam hidup. Ada yang pernah mengalami penyakit yang serius, kehilangan kerja, kematian orang yang tersayang, kemalangan serta pelbagai jenis trauma.


Bagaimanakah kita menghadapi setiap situasi ini? Walaupun mengalami situasi yang sama, pasti akan ada reaksi emosi yang berbeza kerana ianya bergantung kepada daya ketahanan mental atau 'resilience' seseorang individu.

Dewasa ini, banyak keluhan didengari tentang generasi kini yang kurang daya tahan diri sehingga cenderung untuk bertindak balas secara emosi terhadap apa jua jenis tekanan.
Ada yang berkongsi di media sosial serta ada juga yang bertindak mencederakan diri sendiri apabila tertekan.



Bagaimana untuk membina daya ketahanan yang kuat?


1. Jangan takut jika berseorangan (alone).

- Tak semua ada perasaan ni. Sukar digambarkan. kadang kala perasaan ni datang tiba-tiba. Jika anda ada perasaan ni, janganlah duduk sorang-sorang. Sibukkan diri dengan melakukan sesuatu perkara yang anda suka. 


2. Lupakan kisah lalu.

- Bukan senang nak lupakan kisah lalu. Lebih-lebih lagi jika perkara itu membuatkan anda menjadi sedih, marah atau trauma. Cuba-perlahan-lahan. Ya, sukar. Tapi, kita perlu cuba. 


3. Jangan mengharapkan hasil yang segera.

- Setiap apa yang kita usahakan. sudah tentu kita mahukan hasilnya. Kita impikan kejayaan. Namun, jangan terlalu mengharap, bimbang ia membuatkan kita kecewa.


4. Tidak perlu memuaskan hati semua orang.

- Susah ye nak puaskan hati orang. Kita buat A, belum tentu orang suka. Kita buat B, ada juga salah di mata orang. Ingatlah satu perkara. Kita terus maju ke depan. Jangan terlalu mendengar cakap-cakap orang. Jika kita rasa ianya betul, teruskan sahaja. 


5. Jangan membuang masa berasa kasihan pada diri sendiri.

- Sejujurnya, inilah yang susah nak diubah. Automatik kita akan ada perasaan ni kan? Tapi, cubalah kawal. Jangan terlalu kasihankan diri tanpa berusaha untuk mengubah kesalahan atau tindakan kita. Stay positive!


6. Jangan bazirkan masa pada perkara di luar kawalan anda.

- Jangan terlalu memikirkan perkara yang di luar kawalan kita. Elakkan berfikir 'KALAU'. Boleh  nak fikir, cuma jangan over thinking.


7. Jangan biarkan orang lain mempengaruhi emosi anda.

- Hidup kita, pilihan kita. Jangan biarkan orang sekeliling kita mempengaruhi kita. Cubalah untuk membuat keputusan sendiri.


8. raikan kejayaan orang lain.

- Raikan kejayaan orang lain dengan ikhlas. Gembiralah. Jangan ada perasaan dengki yang negatif.


9. Jangan lari daripada tanggungjawab.

- Ingatlah, kita perlu bertanggungjawab dengan setiap tindakan kita. Jangan lari dari tanggungjawab, jangan biarkan orang lain yang  menggalas tanggungjawab itu.


10. Jangan berputus asa selepas kegagalan pertama.

- Fikir positif, tak mengapa jika kita gagal sekali. Kita boleh cuba lagi :)



Sumber : ASTRO AWANI , KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Post a Comment

0 Comments