TIKTOK LIVE | PENGALAMAN BUAT LIVE DI TIKTOK. Assalamualaikum. Bila sebut aplikasi Tiktok, Cik Rose yakin ramai yang dah ada akaun tiktok. Tiktok dah jadi biasa pada masyarakat kita.
Ada pelbagai jenis genre di tiktok. Perkongsian ilmu Agama, masak-memasak, sukan, haiwan, lagu dan lain-lain. Yang pasti pelbagai tips yang ada di sana. Pilihan di tangan kita, sama ada nak pilih yang baik atau sebaliknya.
Untuk makluman, Cik Rose sendiri ada akaun tiktok. Banyak video yang Cik Rose dah kongsikan di sana. Kebanyakkannya adalah video teletah anak-anak bulus Cik Rose. Kisah Kitty, Muffin, Layla, Chicco, Layli, Leyyo, Abby dan baby-baby kitten yang lain.
Ada video yang fyp. Ada juga video yang kurang mendapat sambutan. Pada awalnya, Cik Rose tak kisah tentang views setiap video. Sebabnya Cik Rose upload untuk tatapan dan kenangan sendiri. Nak clearkan memori handphone.
Tiba-tiba ada video yang viral. Video Muffin minta makan. Dari situ, follower Cik Rose bertambah. Alhamdulillah. Ramai yang mula tinggalkan komen di video Cik Rose.
Bermula dari situ, Cik Rose lebih kerap berkongsi video telatah anak-anak bulus yang ada. Namun, Cik Rose tak pernah terfikir nak buat live.
Layli bersalin dan ada 4 ekor baby. Suami Cik Rose beri idea untuk buat live di tiktok. Mana tahu ada yang berminat nak rehome. Jadinya, Cik Rose pun cuba buat live.
Awalnya, Cik Rose takut dan malu. Bimbang tak ada yang singgah tengok. Kalau ada pun, kebetulan termasuk sahaja. Itu pada fikiran Cik Rose lah.
Cik Rose pun cuba buat live. Alangkah terkejutnya Cik Rose. Alhamdulillah ramai yang singgah. Mereka berminat dengan live anak-anak kucing ni. Ada yang tinggalkan komen. Dan dapatlah Cik Rose berbual, kerana adanya komunikaso dua hala. Mereka bertanya dan Cik Rose jawab. Ada juga yang singgah turut memberikan tips-tips penjagaan kucing. Amat Cik Rose hargai.
Daripada niat nak mencuba, Cik Rose konsisten buat live. Hingga hari ini, dah 5 kali Cik Rose live. Jumlah pengunjung naik turun. Ada hari yang tinggi, ada hari yang rendah. Semua itu pengalaman.
Cik Rose berterima kasih pada yang sudi singgah, like, komen dan bantu share live tersebut. Bila ada pengunjung yang positif, kita pun bersemangat nak buat live. Saling bantu-membantu.
Untuk yang ada akaun tiktok, bolehlah follow Cik Rose ya. Klik link ini : Tiktok Cik Rose
1 Comments
cik nor tak de keberanian lagi nak buat live..hehe
ReplyDelete