RESEPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP YANG MUDAH DAN SEDAP - MENU BERBUKA PUASA 10 RAMADAN.
Masih cerita tentang menu berbuka puasa. Maklumlah, tahun ni mood memasak tu datang. Alhamdulillah. Entah kenapa bila pergi bazar, tak tahu nak beli apa. Sedangkan banyak menu yang dijual.
Menu 10 Ramadan yang lalu, asam pedas ikan siakap. Pertama kali Cik Rose masak asam pedas guna ikan siakap. Kalau tak ikan siakap ni selalu masak 3 rasa dan sambal sahaja. Kali ni, saja cuba ikan siakap sebab ikan ni ada dalam peti ais. Hihi.
Cik Rose masak asam pedas memang guna jintan manis dan jintan putih. Cik Rose suka rasa jintan tu dalam kuah asam pedas.
RESEPI ASAM PEDAS MENGGUNAKAN IKAN SIAKAP YANG MUDAH DAN SEDAP IKUT CITARASA SENDIRI
Wah bukan main panjang nama! Hikhik.
Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap di potong 4.
Bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih dikisar.
Daun kesom
Bunga kantan
Air asam jawa
Cili kisar
Bendi
Tomato
Garam/serbuk perasa
Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Bila dah kekuningan, masukkan cili kisar. Gaul rata biar pecah minyak.
Masukkan air asam jawa. Biar seketika.
Masukkan ikan siakap, daun kesom dan bunga kantan.
Biarkam. Jika ikan hampir masak, masukkan bendi.
Akhir sekali, masukkan tomato, garam dan serbuk perasa.
Dah siap.
Oh ya, Cik Rose tak guna belacan kali ni. Sebab tak ada oula di rumah. Kalau korang suka, boleh kisar belacan yang di bakar tu dengan bawang.
Masak cara sendiri. Tak ada betul dan tak ada yang salah. Selera kita berbeza dan cara kita juga berbeza kan. Raikan sahaja oerbezaan itu.
Selamat mencuba.
1 Comments
sedap asam pedas., selamat berbuka., hehe
ReplyDelete