RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SIMPLE DAN SEDAP - MENU BERBUKA PUASA 6 RAMADAN.

RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SIMPLE DAN SEDAP - MENU BERBUKA PUASA 6 RAMADAN. Assalamualaikum. Cik Rose rasa Ramadan kali ni, Cik Rose lebih produktif di dapur. Penant  macam mana pun, tetaplah ke dapur memasak juada berbuka untuk diri sendiri. Beberapa kali ke bazar, namun hampa.


Kali pertama ke bazar, Cik Ros ebalik dengan tangan kosong. Kali kedua ke bazar, Cik Rose beli nasi kerabu dan laksa. Berbuka makan laksa. Alhamdulillah, sedap dan kenyang. Tapi, jadi membazir kerana membiarkan nasi kerabu tu. Terus rasa bersalah. Dan memasak. Oh ya, ada dua kali Cik Rose beli juadah berbuka dari jiran blok.


Entry kali ni, Cik Rose kongsikan menu buka puasa yang Cik Rose sediakan pada 6 Ramadan yang lalu. Ikan masak asam. Sedap di tekak sendiri. Makan dengan nasi panas-panas. Pembuka selera. Cukup rasa masam, pedas-pedas manja dan masin. Cik Rose gunakan isi ikan merah. Boleh sahaja guna ikan yang lain seperti ikan kembung, ikan kerisi, ikan jenahak dan lain-lain.




Menu ni simple sahaja nak sediakan. Jom Cik Rose kongikan bahan dan cara-cara untuk memasaknya.


RESEPI IKAN MASAK ASAM YANG SIMPLE DAN SEDAP - MENU BERBUKA PUASA 6 RAMADAN.


Bahan-bahan


2 ketul isi ikan merah. Di gaul dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga garing. 

4 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, sedikit halia. Di hiris halus.

2 biji bawang besar dipotong pulat.

Cili api. - boleh di potong atau di tumbuk kasar.

Air asam jawa

Garam / serbuk perasa

1 biji tomato. Tak nak letak pun tak apa.

Kalau ada biji sawi boleh letak masa menumis. Dekat rumah Cik Rose tak ada, jadi Cik Rose tak letak.


Cara- cara untuk sediakan Ikan Masak Asam


Panaskan minya. dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris tadi. Masukkan juga cili api. Bila dah naik bau/bawang layu, booleh masukkan air asam jawa. Ikut citarasa masing-masing nak letak banyak mana. Biarkan mendidih, masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Juga bawang besar dan tomato. Dah siap :)


Simple je kan? Lauk simple yang membuka selera. Alhamdulillah. Selamat mencuba.





 


Post a Comment

1 Comments

  1. Menu paling feveret . Selalu kalau CCL masak menu ni memang buat lebihkan kuah & lebihkan bawang

    ReplyDelete