LITIERE CHAT | PASIR KUCING BERAROMA KOPI YANG TERBAIK BUAT ANAK BULUS

LITIERE CHAT | Pasir kucing beraroma kopi yang terbaik buat anak bulus. 

Jika Anda bosan dengan bau kurang menyenangkan dari kotak pembuangan kucing, saatnya beralih ke solusi yang lebih baik dan inovatif. Dengan Litiere Chat, anda tidak perlu lagi merasa ragu dan bimbang akan aroma yang mengganggu. Diformulasikan khusus untuk mengendalikan bau dengan efektif, Litiere Chat memberikan pengalaman pembuangan yang lebih bersih dan segar untuk kucing dan rumah.




 

Kepada pencinta kucing yang sentiasa mencari pasir kucing yang dapat memberi keselesaan bukan sahaja kepada kucing tetapi juga persekitaran rumah agar senantiasa mempunyai udara yang segar dan selesa, Litiere Chat dapat membantu menyelesaikan masalah anda.  Selepas menggunakan Litiere Chat pasti anda tidak akan memilih pasir kucing yang lain.


Golden Valley Resources adalah syarikat bumiputra yang telah mengedar dan memperkenalkan produk terbaru Pasir Kucing Premium Berkualiti Tinggi Litiere Chat. Litiere Chat dalam bahasa Perancis bermaksud tempat pembuangan  kucing. Dirumus khas dengan formulasi dan inovasi terkini yang direka untuk memberikan keselesaan optimum kepada  kucing kesayangan. Kini anda dan kucing dapat hidup dengan lebih harmoni dan bahagia di bawah satu bumbung.


Litiere Chat istimewa kerana diformulasikan dengan baun aroma kopi yang menyegarkan. Ianya bukan sahaja memberikan persekitaran yang harum tetapi juga dapat menghidupkan bauan harmoni dalam rumah. Pasir kucing dengan aroma kopi Litiere Chat ini menawarkan beberapa manfaat antaranya, mengurangkan bau, pengalaman buang air  lebih menyenangkan dan aromaterapi untuk keselesaan seisi rumah. Pasti kucing anda juga akan merasa teruja menikmati pembuangan dengan lebih selesa.






Mengandungi formula anti-bakteria yang dapat menjamin kesejahteraan kesihatan dan kebersihan kucing. Dengan hanya sesaat, Litiere Chat dapat menghentikan bau yang tidak diingini dengan segera dan dapat memberikan kelegaan bukan sahaja kepada kucing tetapi juga kepada semua penghuni rumah. Tiada lagi bau yang kurang menyenangkan dari kotak pembuangan kucing dan kini keluarga dan tetamu akan lebih selesa datang melawat ke rumah. Litiere Chat juga mempunyai penyerapan yang tinggi dan menjadikan pasir kucing tahan lebih lama dan mudah diurus.




Diedarkan oleh Golden Valley Resources, dan syarikat komited untuk menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan. Dengan Litiere Chat, kami menjamin bahawa kucing kesayangan anda akan menikmati pengalaman membuang air yang selesa dan bersih Litiere Chat tersedia  dalam pek 10 liter yang mana harga yang ditawarkan adalah harga mampu milik dan setiap pek hanya bernilai RM13.00. Pek berbaloi ini bukan sahaja mudah untuk dibawa kemana-mana tetapi ianya juga pek penjimatan yang amat ekonomi untuk semua.



 

Banyak aktiviti promosi yang akan dijalankan melalui media sosial antaranya pertandingan kucing, hadiah istimewa untuk kucing bertuah dan juga hadiah kepada pemilik kucing yang bertuah. Tidak lama lagi Litiere Chat akan memasuki pasaran Pasaraya besar dan kini anda lebih mudah untuk mendapatkan produk litiere Chat.  

Syarikat juga akan memperkenalkan lebih banyak bauan mengikut kesesuaian antaranya bauhan Lavender, Lemon dan lain-lain bagi meluaskan lagi pasaran di dalam dan luar negara.

 

“ Kita juga dalam perancangan untuk mengeluarkan lebih banyak produk-produk untuk kegunaan kucing dan juga haiwan peliharaan yang lain. Kini kita dalam perbincangan terakhir dengan kilang dan diharap kita akan dapat merialisasaikan perancangan ini dalam masa yang terdekat” kata En Noer Izham selaku Pengarah Pembangunan Perniagaan Golden Valley.

 

Litiere Chat juga boleh dibeli melalui online Shopee, Facebook, Instagram & Tiktok. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila layari laman online dibawah.

Ig : litierechat

Fb : litierecat

Tiktok : litiere_chat

 


Post a Comment

Previous Post Next Post

THANKS