RESEPI MUFFIN COKLAT MOIST - INILAH REALITI

Friday, 19 April 2013

RESEPI MUFFIN COKLAT MOIST





BAHAN-BAHAN.

A

2 cawan tepung gandum.
1  1/4  cawan serbuk koko. (saya guna van hounten)
2 sudu kecil baking powder. (saya guna yang baking powder yang double action sebab tu yang ada kat dapur)
2 sudu kecil soda bikarbonat.
3 sudu teh nescafe.
sedikit garam.


B

2 cawan gula kastor.
1cawan minyak masak.
1cawan susu cair @ susu segar.( saya guna 1cawan susu anmum perisa coklat yang saya bancuh sebab kat rumah tak ada stok susu segar @susu cair)
3 biji telur.
1@2 sudu besar oren sunquick. (saya letak sunquick perisa tropika sebab tu je yang ada.)

C

3/4 cawan air panas.


CARA-CARA


  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak tepi.
  • Ayakkan tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  • Campurkan semua bahan-bahan A di dalam mangkuk besar.
  • Masukkan bahan-bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau rata.
  • Bakar pada suhu 170·c selama 20 minit. (ikut kesesuaian oven masing-masing).


Terima kasih kepada Akak Izah Muffin Lover. Saya ambil resepi ni dari blog beliau. Kalau nak cuba resepi-resepi lain, boleh terus singgah blog beliau ye.


Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH







18 comments:

  1. mcm best je sbb masuk sunquick. mesti wangi bau muffin ni.

    ReplyDelete
  2. menarik ni.ada masa haru mencuba.in shaa ALLAH..

    gi mana baru2 ni.lama menyepi.. da pa pe ke?

    ReplyDelete
  3. Kek AJ tau la..
    Muffin tak pandai.... =D

    ReplyDelete
  4. thanks sudi share resepi... deqla ni entah bila la nk buat...hoho...biasa beli je la kalo teringin nk mkn pun..hubby x suka cekelat2 ni....huhu

    ReplyDelete
  5. salam tuan tanah. thanx ye kongsi resipi. hjg mgu ni nk buat lah ^_^

    ReplyDelete
  6. sedap ni..m3h pernah buat muffin versi kukus..pasal oven mmg xde..

    ReplyDelete
  7. sedapnya...

    Cik Yana follow sini

    ReplyDelete
  8. emm..mcm buat kek coklat moist kwn ajar haritu.. tringin la nak buat muffin~~

    salam perkenalan..

    datang dari Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa :D

    PS : Nak Beli Chocolate MOist Cake yg Super Murah?

    ReplyDelete
  9. Petang ni memang kena buat muffin ni sbb dah memanggil2 rasanya :)

    ReplyDelete