BURUNG MURAI BATU TERBAIK - INILAH REALITI

Sunday, 22 December 2013

BURUNG MURAI BATU TERBAIK



"Burung ape?...
Burung Murai..
Burung ape?..
Burung Murai..
Burung ape?..
Burung Murai.."

Ingat tak dialog tu dekat satu iklan dulu?.. Haa mesti ingatkan.. Si anak asyik bertanya pada si ayah dan si ayah tetap meberi jawapannya walau berulang kali :)

Kali ni saya nak share satu gambar Burung Murai Batu.. Kepunyaan suami.. Burung ni sekarang  ni menjadi kegilaan bagi yang minat bela burung la kan.. Susah nak dapat burung ni..

Encik husband beli bulan lepas.. Burung ni dari Perak.. Wahh jauh berjalan burung ni dari Perak ke Johor ikut tuannya yang baru :)
Saya pun dah jatuh cinta dengan burung ni.. Dah pandai buat bunyi macam-macam.. Mulut dah riuh sambil main main ekor dia tu.. Harus diingatkan, tak semua burung yang kita beli, dah pandai bunyi tau,.. Ada yang senyap je. Ikut kita jugaklah kan, macam mana nak bagi dia riuh.. Ada banyak cara boleh kita buat...

Harga?.. huhu.. Boleh tahan mahal harga burung ni.. Kalau yang liar, rendah sikit harga dia. Kalau yang dah pandai bunyi dan ekor yang panjang, mahal la harganya.. Yang encik Husband saya beli ni, ekor dia mencecah 8 inci. Memang panjang.. Beli pada kawan abang ipar saya di Lumut, Perak.. 

 Nak tengok gambarnya?..

Tadaa :



Saya panggil dia Chet Chet.. Bila saya panggil je dia, apa lagi macam suka je dia.. hihi.. Macam mana nak tahu dia suka?.. Entah.. Tapi bila saya panggil je Chet Chet, dia terus gerakkan ekor.. hikhik.. Dia suka la kot..

Ni cerita secara ringkas je.. Nanti saya di lain entry akan saya ceritakan makanan dia pula ok :)

Anak sedara saya kat kampung, Nil dan Dania siap cakap yang rumah saya ni dah macam Mini Zoo.. hihi.. Mana taknya kan, ada ikan, burung.. Kalau ikan, ada ikan Kelisa dan ikan Gapi. Burung pulak, ada Burung Murai Batu, Burung Murai Kampung dan Burung Baji.. Cuma Burung Terkukur saya dah tak ada.. Encik Husband dah bagi pada kawannya.. Sedih pula saya rasa masa tu tau...

Korang ada haiwan peliharaan?.. Mesti ramai yang ada kucing kan?.. Saya takut kucing.. hihihi



10 comments:

  1. satu ekor ikan laga yang selalu seriau bila 4 ekor kucing minum air di rumahnya ... heheheee

    ReplyDelete
  2. ciksu apa pon xda bela. masa dok jb bela ikan puyu

    ros boleh j kalau nk cba ephyra tu. pg atau
    malam .jarakkan je dgn shaklee. hihi

    ReplyDelete
  3. rajinnya ros & suami bela macam2.. cantik burung murai batu ni.. ekor panjang lagi..

    ReplyDelete
  4. sy ada kucing dan kura2.. dulu ada bela ikan jugak tapi dah mati sebab adik excited nak bagi ikan tu makan sekali overfeeding.. mati sebab makan byk sgt.. huhu

    ReplyDelete
  5. rumah sy ada kucing...burung pun ada..adik sy bela..burung murai tp yg biasa kot..badan hitam putih..huhu xberapa tau sgt..:P

    ReplyDelete
  6. seronok dengar bunyi kicau burung pepagi kannn...

    ReplyDelete
  7. rumah deqla ada byk sgt kucing.. xkan nye nak bela burung.. haha. naya burung tu nanti.. ;p

    ReplyDelete
  8. hehe mcm mini zoo yer...

    jiran saya pon suka bela mcm2 binatang...

    ada kucing, monyet, iguana, ikan, burung kakak tua, arnab, ular..

    ni kalo terlepas..mmg naya jerkk... hehe

    ReplyDelete