RESEPI SARDIN ROLL a.k.a ROTI GULUNG SARDIN ALA ROSE

July 14, 2014




Kalau tadi, dah letak resepi ayam goreng berempah kan. Kali ni nak letak resepi Sardin Roll a.k.a roti Gulung Sardin... hihi.. Eh,roti sardin pun nak letak kat blog. Mesti ada yang cakap macam tu kan. kan, kan?.. Janganlah cakap macam tu.. hihi..

Alkisahnya, tekak ni dok teringat-ingat Roti Gulung Sardin yang Kakak saya(Kakyang) buat. Saya makan masa balik kampung hari tu kan.. So, tu yang buat tu. Buat untuk berbuka, boleh makan sampai ke sahur. Hahaha... Puas makan.. 

Meh kita tengok gambar Sardin Roll saya dulu :




Sama je macam orang lain buat... Saje nak buat kenangan kat blog sendiri.. 


RESEPI SARDIN ROLL a.k.a ROTI GULUNG SARDIN ALA ROSE
(nak jugak ala Rose, kihkih)

Bahan-bahan

Roti (saya guna roti Gardenia)
Sardin tin
Bawang besar(Potong dadu)
Cili Merah(potong serong atau kecik-kecik)
Sedikit garam
Perahan limau nipis/kasturi
Telur(dikacau, macam nak buat telur dadar)
Sedikit tepung(bancuh dengan sedikit air)

CARA-CARA

1. Hancurkan ikan sardin tu guna garpu. Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan sardin. Saya tak buang tau sosnya. Saya tumiskan sekali. ada sesetengah orang cuma guna ikan dia je. saya tak, saya lagi suka ada sos dia tu. Bila dah masak, Masukkan bawang besar yang dipotong dadu bersama cili besar ya. Dan boleh terus masukkan perahan limau tadi dan sedikit garam. Biar sampai kering... Dah siap pun intinya :)

2.  Gelekkan roti bagi leper. Bubuh inti, dan terus gulung. Kat hujung tu, boleh letak bancuhan tepung gandum, bagi dia melekat kan. Tak delah merekah nanti kan.. Celupkan roti tadi dalam telur dan terus goreng. Jangan celup awal, nanti kembang roti kita tu. Nak letak dalam kuali baru celup :) Dan jangan celup banyak, nanti bila goreng, telur tu macam serap minyak banyak pulakkan :)

******

Selamat Mencuba. resepi super duper simple je di blog saya ni :)

Mencari Katering Sekitar Sungai Petani, Merbok, Bedong dan sekitar ?CATERING TERBAIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH

You Might Also Like

17 comments

  1. mesti sedap.. roti dengan sardin adalah satu gandingan yang takkan fail.. hehe

    ReplyDelete
  2. ok..dah ade idea nak masak ape buke hari ni..thanks =)

    ReplyDelete
  3. teringin plak nk try nanti..tq share resepi

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnya
    petang2 tengok gambo ni terlio :)

    ReplyDelete
  5. uuuuuu...nasib baik dah makan banyak tadi. kalau tak, boleh lapar balik ni. hehe.

    ReplyDelete
  6. uuuuuu...nasib baik dah makan banyak tadi. kalau tak, boleh lapar balik ni. hehe.

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak buat roti gulung ni...rasa nak buat pulak..

    ReplyDelete
  8. ciksu suka salut dengan.breadcrumbs :)
    buat bagi ank anak sedara laju je ros.. dorng suka le mcm ni.

    ReplyDelete
  9. Terliurnya tengok..dahla feveret..hee

    ReplyDelete
  10. Anak no2 suka sangat ni.
    Yang 1st..makan..tapi, buang inti.

    ReplyDelete

FOLLOWERS

CONNECT

SEO Reports for inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com PRchecker.info free web site traffic and promotion APDM SAPS