PERTAMA KALI RASA BUBUR SUM SUM PANDAN

Assalamualaikum.

Ye, memang betul. Ini kali pertama Cik Rose rasa Bubur Sum Sum. Itupun, setelah diperkenalkan oleh rakan Cik Rose. hihi. Dorang dok sebut Bubur Sum Sum. Cik Rose tertanya-tanya. Apa tu?. Sebab memang tak pernah dengar dan makan. Satu hari, lepas makan tengahari, kami singgah di satu gerai. Ada macam-macam jenis bubur ada! Cik Rose ternampak Bubur Sum Sum. Tu yang terus beli. Nak rasa macam mana kan. Cik Rosebeli satu.

Inilah dia Bubur Sum Sum tu :
 

Ada dua lapisan. Satu putih dan satu lagi hijau. Yang hijau tu mesti pandan. Ada satu plastik kecil gula merah.


Cik Rose letak je semua air gula tu atas bubur. Hihi. Macam banyak pulak! Tak tahu cara makan dia macam mana masa tu. Tu yang main letak jer semua. Macam tenggelam pula! Eh banyak sangat ke?


Cik Rose cuba satu sudu. Rasa tepung tu tawar dan lemak-lemak. Bila dicampur air gula yang manis tu, dia balance la. 
 

Tapi, Cik Rose makan tak habis. Muak kot sebab letak banyak sangat air gula tu. hihi. Siap buang lagi air gula tu masa tu. Aduhai,. Cik Rose pun cari resepi di google. Rupanya diperbuat dari tepung beras. Nak buat sendiri mungkin tak lah kot. Beli jer kot kalau teringin nak makan :)

Di sini, Cik Rose kongsikan Resepi Bubur Sum Sum Pandan ni ye. Cik Rose ambil dari Yatiememories. Terima kasih :)

Resepi Bubur Sum Sum Pandan

 Bahan-bahan
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  •  Sedikit pewarna hijau (opt)
 SIRAP GULA MELAKA 
  •  500 g gula melaka
  •  1000 ml air
  •  2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara

  • Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  • Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
  • Sajikan bersama sirap gula melaka.

Selamat mencuba Resepi Bubur Sum Sum Pandan.

p/s : Terima kasih puan empunya resepi. Gambar, Cik Rose ambil yang Cik Rose beli yer. Bukan hasil kejadian dari resepi ini. Terima kasih :) 




Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
19 October 2016 at 08:35 ×

kalau kt kl kebanyakannya mmg bbr sum2 nya mcm tu dik,
dulu2 akak pnh la tingin nk bt, tp silap sbb bt banyak kononnya baca resepi mcm senang sekali tgh msk baru tau ssh rupenya bt.... sbb kalu tak di kacau je nnti berketul....

skrg klu tingin beli saja jelah

Balas
avatar
admin
Thanks for your comment