16 September | Selamat Hari Malaysia dan Selamat Ulangtahun Angkatan Tentera Yang Ke - 84

Saturday, September 16, 2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini 16 September, sambutan hari Malaysia. Oh Malaysiaku, Negaraku. Ramai yang ambil kesempatan pada hari ini dengan meluangkan masa bersama keluarga. Ya, isikan masa dengan sebaiknya. 



Juga pada hari ini adalah Hari Ulangtahun Angkatan Tentera Malaysia yang ke - 84. Ucapan ini umumnya buat semua perwira-perwira Negara tanpa mengira darat, udara mahupun laut. Secara khususnya buat suami Cik Rose lah kan. Hihi. 


*Sumber gambar : Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia.

Tiba-tiba rindu sewaktu bertugas di MINDEF. Hihi. Memori berharga yang tidak akan dapat di mana-mana. Dan ia juga takkan terulang. 2009 - 2012. Sekarang dah 2017. Hampir 5 tahun berlalu. 

Teringat hari pertama melapor diri di sana dengan beg segala bagai. Tiada rumah sewa. Dari MINDEF, berjalan kaki ke suatu kawasan perumahan di sana. Terima kasih buat semua yang membantu di sana. Pengalaman mendewasakan kita. Ya, benar sekali. Erti berdikari. Di sanalah Cik Rose belajar berdikari dan memperkasakan emosi. Wah ayat. Hihihi. 

Suka duka di sana sentisa di hati. 


Masa terus berlalu, manakan mampu untuk diundurkan waktu. Kita kena terus maju ke depan tanpa melupakan titik perjalanan kita. Ya, baik kita teruskan dan yang kurang baik kita jadikan ingatan dan sentiasa berwaspada supaya tidak mengulanginya lagi. Jadikan pengajaran. 

Bukan saja rindu dengan teman sepejabat, juga rindu dengan teman-teman serumah. Ada yang masih berhubung dan ada juga yang telah 'lost contact'. Apa khabarmu di sana. Masing-masing punya rencana dan haluan masing-masing sekarang. Namun, mengenali mereka amat bermakna buat Cik Rose. Kami berbeza tapi mampu duduk di bawah satu bumbung. 7 - 8 orang serumah. Adakalanya mencecah 9 orang. Kemudian makin berkurang. Seorang  demi seorang melangkah keluar meneruskan kehidupan. Ada yang berkahwin, ada yang tukar tempat kerja dan lain- lain. 

Di manapun korang berada, Cik Rose doakan moga kenangan kita tidak terpadam. 


2 comments:

Powered by Blogger.