Saturday, 30 September 2017

30 September | Selamat Ulangtahun Sayang

Assalamualaikum. 30 September 2017. Tarikh ini muncul lagi. Ulangtahun pernikahan Cik Rose dan Mr Army. Alhamdulillah, hari ini genap 6 tahun pernikahan kami. 

Saja Cik Rose coretkan secara ringkas di sini untuk dijadikan kenangan sendiri. Moga hubungan ini sentiasa dipenuhi rasa kasih cinta untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Setiap kali tiba hari ulangtahun, pasti Cik Rose merasa sebak. Biasalah perempuan, tak ada apa pun boleh jadi sedih. Penyebab air mata mengalir! hihihi.



Sekejap je masa berlalu. Alih-alih dah 6 tahun. Syukur Alhamdulillah. Dari Cik Rose 1, dah jadi 0. Hahaha. Korang faham tak istilah tu? Kalau faham, senyap-senyap je yer. Aduhai. hihi.

Menulis sambil mendengar lagu-lagu nyanyian Kim Jong Kook membuatkan Cik Rose tak fokus sekarang ni. Sebab nak ikut menyanyi. hikhik.Cik Rose suka je dengar lagu-lagu dia. Ada lagu sedih, ada lagu yang membuatkan kita nak menari sama. 

Untuk yang tersayang nun jauh di sana, 
Selamat ulangtahun. Doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik, Insyaallah jadinya yang baik-baik. Love you. Moga kita sama-sama bersatu dalam  melayari alam rumahtangga ini. 

Doakan buat Cik Rose dan suami dimurahkan rezeki untuk mendapat anak. Dipermudahkan jalan buat Cik Rose untuk mengandung. 

Terima kasih :)

Related Posts

30 September | Selamat Ulangtahun Sayang
4/ 5
Oleh

4 comments

Tulis comments
avatar
30 September 2017 at 17:57

Alhamdulillah. Tahniah Rose dan suami. semoga dikurniakan zuriat soleh dan solehah. Semoga tabah dengan orang2 sekeliling yang suka tanya soalan pelik2..huhu

Reply
avatar
30 September 2017 at 20:45

Aamiin. Happy anniversary rose.

Reply
avatar
1 October 2017 at 00:50

Assalamualaikum rose...aamiin selamat ulang tahun ke6 semoga jodoh hingga ke jannah dan semoga Allah mengizinkn rose menjadi seorang ibu nanti in sha Allah..

Reply
avatar
1 October 2017 at 11:35

semoga dikurniakan zuriat.

amin.

Reply