Breaking

Thursday, 22 February 2018

Cara penjagaan bunga Daisy supaya subur dan berbunga



Assalamualaikum.
Jangan pernah jemu dengan cerita Mini Garden Cik Rose ya. Hihi. 

Akisahnya malam tadi, Cik Rose call mak di kampung. Borak punya borak, mak tanya, bunga ada lagi ke? Ke dah mati? Lama tak nampak. Ehhh terkejut kite dengar soalan cepumas. Hihi. 

Masih ada lagi mak. Bunga-bunga tengah galak berbunga ni. Terima kasih mak. Emaklah peminat nombor satu Mini Garden Cik Rose ni. Hihi. Tengok anak updated kat facebook. 

Bila dapat soalan tu malam tadi, makanya balik kerja petang tadi terus Cik Rose jalankan misi. Misi apa? Misi ambil gambar. Hihi. Ambil dalam mode panaroma. Jadi, dapatlah tengok keseluruhan bunga-bunga. Ada pokok bunga Daisy, bunga Ros, bunga Orkid dan beberapa jenis bunga yang lain. 


Cara penjagaan bunga Daisy supaya subur dan berbunga 

Sekarang ni cuaca agak panas. Jadi memang Cik Rose akan siram dua kali sehari. Waktu pagi sebelum pergi kerja dan waktu petang masa balik kerja. Kalau tak siram macam tu, kesian pokok-pokok kekeringan nanti. 


Kaedah penyiraman pokok bunga.
Nak siram pun jangan main siram je. Jangan pasang getah paip dan terus halakan ke pokok bunga dengan aliran air yang deras. No no no. Dan jangan pulak simbah pokok dengan air yang banyak. 

Ada caranya. Sebaiknya siram dengan aliran air yang biasa/perlahan ke bahagian tanah. Itu lebih baik. Nanti air tu turun terus kena pada akarnya. 

Bukan tak boleh siram dari atas. Nanti mengganggu bunga-bunga yang berkembang tu. Bunga cepat rosak dan tak tahan lama. 


Kalau bunga Ros, kena hati-hati sikit. Air lebih tak boleh, kurang pun tak boleh. Cik Rose pun masih belajar lagi.

Tapi, kalau nak tahu bunga daisy kurang air senang je tau. Kalau batang bunga daisy lentok tu, kurang air la tu. Kalau tegak je, ok tu. Jangan risau.


Kaedah letak baja.
Kalau dulu, Cik Rose main letak je baja. Tapi, sekarang tidak lagi. Ada kaedahnya. 

Cara Cik Rose, pertama sekali adalah tanah tu digembur-gembur sedikit. Kemudian, siram pokok-pokok kita. Kemudian, barulah letak baja di sekeliling pasu. Jangan letak berhampiran batang/bunga pula ya. 

Kalau boleh, letak baja di waktu redup. Maksudnya jangan letak waktu tengahari pulak tau.  Nak senang, letak baja lewat petang/awal malam. 


Korang cubalah. Tengok hasilnya macam mana. Lebih kurang dua tiga minggu tengok ada perubahan tak. Janganlah mengharapkan perubahan dalam masa sehari. Melampaulah tu. Hihi.


Jaga bunga ni, kalau dahulu sekadar hobi Cik Rose. Tapi, sekarang Cik Rose dah jadi serius. Kalau boleh nak pokok-pokok ni sentiasa subur dan berbunga.

Lepas tu, hari-hari kalau boleh nak ambil gambar. Hikhik. 
Nasiblah ruang terhad kan. Kalau ruang luas, lagi banyaklah pokok yang boleh Cik Rose jaga. 


24 comments:

  1. Tahniah...bubga yang mekar cantik. Bukan senang nak menanam ni. Ada yang tanam asyik mati saja tanaman.

    ReplyDelete
  2. Wahhhh cantiknya...sis memang minat tgok org bercucuk tanam ni, tapi sis heran...kalau sis tanam apa2 sure mati..now langsung tak ada bunga apa2 pun sis tanam dah..dah frust, hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantik dan subur je nampak pokok2 ni. Pokok2 ni kena kita tunjuk kasih sayang. Idak dia mogok tak nak berbunga. Rasa tenang je nampak pokok ni berwarna-warni macam ni.

    ReplyDelete
  4. Whoa!!! Cantiknye balcony awak!!! Bunga tu cantik and menjadi la. I tanam kangkung and daun bawang semua tak naik. So balcony i kosong je. isk isk isk

    ReplyDelete
  5. Cantiknya bunga- bunga tu semua...best la kalau tanam bunga menjadi dan galak berbunga ni..SA ni minat tp tak ada masa nak mulakan...

    ReplyDelete
  6. Wah.. cantiknya bunga dia..

    ReplyDelete
  7. Suka dengan bunga daisy. Ingatkan susah nak jaga.. Senang rupanya bila tahu caranya

    ReplyDelete
  8. Cantik2 bunga.. Smalah kita.. Klo nk siram pkok bunga siram kt tanah.. Bru lah segar.. Pnh dulu xtau menahu..main siram je bunga.. Tgk2 ptg dh layu bunga. Haha

    ReplyDelete
  9. Cantik bunga bunga yang rose tanam..subur dan kembang je...

    ReplyDelete
  10. Asal rajin, tgn tu semua benda jadi subur kan...ibu suka pokok jenis daun je kak..hahahaha...tapi Sally mmg malas gila kak..serius!

    Keep it up kak! makin berseri la rumahhhh

    ReplyDelete
  11. Wah warna warni bunga cantik je tengok warnanya

    ReplyDelete
  12. Cantik bunga tu.. mmg nampak terjaga dan segar. Aktiviti mcm ni bukan shj buat rumah lagi hidup tapi secara tak langsung juga bagus utk kesihatan. Tengok pokok dan bunga2 subur, hati pun tenang dan happy :)

    ReplyDelete
  13. cantiknya semua bunga daisy you, rumah I ni bunga tak menjadi, bunga kertas pun tak menjadi lebih kepada tumbuhan hijau je yang mudah hidup.. mungkin sebab i jarang siram pokok... i rasa lidah mak mertua jauh lebih senang untuk dijaga

    ReplyDelete
  14. Wahhh saya minatlah bunga sebab dia ada nilai yang boleh buat kita release stres dengan bau dan warna dia tau. Tapi nak menjaga tu susah bukan main! Tapi ni dah ada tips daripada Cik Rose bolehlah kita mencuba pula!

    ReplyDelete
  15. Menjadi betul tangan sis.. bunga apa pun nampak segar kalau tangan yang menjaga tu rasi orang tua2 cakap.. kan ? huhu

    ReplyDelete
  16. Ah cantiknya. Ruby teringin nak tanam pokok bunga atau sayuran kat rumah ni. Rumah apartment ni kan payah sikit. Situlah tempat sidai kain, situlah garden. Hahahaa. Jadinya kalau nak bercucuk tanam kena jaga sebaiknya. Kesian bila mereka layu dan mati. Nanti saya ikut tips awak.

    ReplyDelete
  17. Wah. Bagusnya ada tangan yang elok begini. Kalau Rawlins, kaktus pun boleh mati. Orang kata tangan Rawlins panas. Haha. Ke Rawlins saja cari alasan malas nak jaga tanaman? Haha

    ReplyDelete
  18. wahhh cantik dan suburnya bunga tu :) baja jauh sikit letak takut dia panas. teringin gak nak tanam bunga tapi smlm tanam pokok durian belanda dan musang king hope menjadilah.

    ReplyDelete
  19. cantik-cantik bunganya dengan macam-macam jenis dan warna. kat rumah ada pokok bunga kertas je sebab senang nak jaga hihi. nak try lah jugak beli bunga jenis macam ni. cantik tengok berwarna-warni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Now I know how to take care this flower. I really love this flowers so much and I wanna try again to have this at home. Thanks for the important this on how to take care this flowers

    Racheal

    ReplyDelete
  21. Cantik bunga daisy. kita pon suka

    ReplyDelete
  22. Ramai yang sukakan bunga daisy. Tapi tak ramai yang tahu menjaganya dengan baik.. biasalah benda cantik, kena jaga elok elok kan hehe

    ReplyDelete
  23. Thanks for the tips, I am not a good garderner but my mom is. I might share with her coz she has her own garden, quite huge actually. This might be useful for her.

    ReplyDelete