Breaking

Tuesday, 24 April 2018

Menang Cabutan Bertuah Minggu Saham Amanah Malaysia Batu Pahat




Menang Cabutan Bertuah Minggu Saham Amanah Malaysia Batu Pahat. Assalamualaikum.

Sedang berlangsung Minggu Saham Amanah Malaysia di Stadium Batu Pahat bermula 19 April hingga 25 April 2018.

Esok merupakan hari terakhir, dan pasti ramai yang sedang menantikan detik-detik pengumuman cabutan bertuah. 


Banyak hadiah yang telah disediakan. Cabutan bertuah terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama adalah pada 19 April yang lalu.

Manakala esok pula cabutan bertuah sempena penutup Minggu Saham Amanah Malaysia. 

Cik Rose sendiri tidak ketinggalan menyertainya. Hihi. Apa salahnya kita mencuba kan. Ada rezeki, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, cuba lagi nanti. 

Untuk keratan cabutan bertuah boleh didapati di akhbar-akhbar tertentu seperti Kosmo, Metro, Sinar Harian dan Utusan. Surat khabar berbahasa Cina dan Tamil juga ada, cumanya Cik Rose tak pasti nama akhbar tersebut.

Yang membuatkan debaran melonjak adalah masa untuk isi keratan akhbar tu adalah terhad. Macam untuk penutup esok, kita boleh beli akhbar dari 23 April hingga 25 April 2018. 

Cuma untuk isi dalam tabungnya adalah pada 25 April sahaja. Tak dapat isi awal. Hihi. 

Gigih Cik Rose dan rakan memcari surat khabar pagi tadi. Dapatlah juga beberapa suratkhabar, kena campur-campur. Hihi. 

Kosmo cepat je habis sebab paling murah kan. Seringgit. Jika nak dibandingkan dengan akhba lain, harganya ada yang Ram1.20 hingga RM1.50.

Moga ada rezeki buat kita yang menyertainya. Aminn.


10 comments:

  1. moga ada rezeki untuk awak nti. aminnn

    ReplyDelete
  2. Good luck che rose semoga ada rezeki che rose amin

    ReplyDelete
  3. Semoga ada rezeki rose menang cabutan bertuah. Mana tahu rezeki kan

    ReplyDelete
  4. Insyaaah moga ada rezeki utk kak rose okay.. 😍 kalau menang kena belanja pizza ni.. Hehe

    ReplyDelete
  5. Wah.. Moga ada rezeki kak ros nanti... Tak salah kita mencubanya kan..

    ReplyDelete
  6. Moga ada rezeki...bagua la buat semua ni..rajin ye

    ReplyDelete
  7. In sha Allah ada rezeki untuk cik rose nanti. Kami tolong doakan dari jauh..

    ReplyDelete