Breaking

Thursday, 24 May 2018

Gambar Bunga Orkid di Mini Garden Cik Rose

Assalamualaikum. 

Perkembangan Mini Garden Cik Rose.

Agak lama tak berkongsi kisah bunga-bunga kesayangan Cik Rose di blog. Kalau di facebook dan instagram, ada juga Cik Rose letak gambar perkembanganya kan.

Di blog, agak lambat sikit sebab perlu mengarang. Hihi. 

Cik Rose letak juga di blog, untuk rujukan sendiri. Untuk kenangan sendiri, sebagai memori indah. Nanti ke masa hadapan, bolehlah Cik Rose tengok kembali gambar bunga-bunga yang pernah hadir dalam hidup Cik Rose. Cewahhh.

Di Mini Garden Cik Rose, terdapat beberapa jenis bunga. Antaranya bunga Daisy, bunga Ros, bunga Orkid, dan beberapa jenis lagi. 

Cik Rose dah pernah berkongsi tentang tips penjagaan bunga-bunga ini. Kali ini, nak kongsikan gambar bunga Orkid pula. 

Gigih Cik Rose ambil gambar satu-satu jenis hari tu. Kebetulan Cik Rose mengemas dan mencuci balkoni, letak sekejap rak bunga Orkid dalam rumah. Eh alang-alang dah ada dalam rumah, ambil gambarlah kejap. Hihi.

Bunga-bunga orkid ni semua, adalah pemberian mak Cik Rose. Nun dari Merbok, Kedah tau. Bawa ke Batu Pahat! Sayang mak!

Bunga pertama ni adalah Orkid Purple. Hai la cantik warnanya. Bunganya juga besar jugak. Maklumlah purple lover kan. Memang kebanyakan orkid Cik Rose warna purple!


Tadaaa yang kedua ni unik tau. Campuran purple dan kuning. Purple nak pink sikit. Terang warnanya. Geram je Cik Rose tengok! 


Yang ketiga ni lembut je warnanya. Masih purple. Ataupun ungu. Hihi. 


Yang seterusnya warna maroon. Orkid yang ini bunga macam kerinting. Sekali berbunag, banyak tau dalam satu ranting. 


Sesuci lebaran konsepnya. Hihi. Yang ini lembut sangat warnanya. Putih dan ada light purple. 


Yang terakhir masih warna purple. Oopsss bunganya dah patah! Sedih Cik Rose...


Antara bunga orkid yang patah. Memang Cik Rose akan simpan bunga yang patah.  

Nak tahu tak, bunga orkid ni tahan lama tau. Berbulan juga tau. Senang nak jaga juga. Tak rumit macam pokok bunga Ros!


Cik Rose masih guna baja yang mak bekalkan pada Cik Rose. Kalau nak tahu, boleh rujuk entry tentang baja yang pernah Cik Rose tulis sebelum ini : 

Minat Cik Rose pada bunga- bunga masih mendalam. Hihi. Lama juga bertahan hobi ni! Bukan mudah nak kekalkan momentum ni. 

Menjaga bunga kena sabar. Ada masa galak berbunga. Ada waktu, layu juga. Semua dah rasa. 

Macam mana pokok-pokok Cik Rose diserang penyakit dan serangga putih tu. Aih la hampir mati tau pokok-pokok. Macam mana nak buat bila daun tiba-tiba berguguran, batang kering! Sedih! 

Mulalah cari info dalam internet. Bila pergi kedai bunga, tanya macam-macam pada mereka. Berbual dengan teman Cik Rose yang juga minat bunga. Bertukar-tukar tips untuk pokok bunga. Hihi.

Moga bunga-bunga di Mini Garden Cik Rose terus mekar dan hiduo dengan subur....



6 comments:

  1. cantiknya orkid cik rose..:)

    ReplyDelete
  2. cantiknye bunga bunga orkid cik rose....

    ReplyDelete
  3. Cantik2 la Orchid tu semua..Orchid ni x susah jaga kan..akak suka orchid tp belum ada kesempatan nak beli atau nak tanam..tunggu dah pencen nanti la kot..

    ReplyDelete
  4. CikRose peminat orkid ya.. sama macam makCT tapi dah tak jaga orkid skrang. banyak kasi orang. cantik2 bunganya ^^

    ReplyDelete
  5. Cantik-cantik pokok orkid. Dulu saya penah beli pokok orkid dekat Padang Besar. Mula-mula bunga banyak, lepas gugur, susah pulak nak berbunga....mungkin salah cara pembajaan atau penjagaannya

    ReplyDelete