Assalamualaikum.
Sudah sebulan tidak pulang ke kampung. Ini bermakna sudah sebulan jugaklah, saya tidak bertemu dengan kelima-lima anak saudara saya. Sungguh.. Saya amat merindui telatah mereka.. Kenakalan mereka.. hehehhe...

Saya sudah mempunyai 5 orang anak saudara. 3 orang anak Along dan 2 orang anak kakyang.



NIL


Anak saudara yang pertama  dengan panggilan mesranya Nil. Umur Nil dah menjangkau 8 tahun ketika ini. Rindunya pada Nil... huhuhu.. Rindu nak dengar Nil bercakap. rindu nak berebut remote tv dengan Nil. Rindu nak dengar  Nil nyanyi. hehehe.. Belajar rajin-rajin ye Nil..   Nil dengar cakap nenek dan atuk ye.. Jangan nakal-nakal  :)






NYA

Nya lah satu-satunya anak saudara perempuan saya.  Nya dah berusia 6 tahun.  Nya ni suka sangat warna ungu, sama lah dengan mak uda dia ni. hehhe.. Nya, tahun depan pergi sekolah tau. Kat sekolah banyak kawan-kawan tau.. Cikgu semua baik-baik.. Jangan pernah takut untuk ke sekolah ye :) Dan lagi satu, rajin-rajin tolong nenek ye.. Nya kan perempuan. Mesti kena ada sikap rajin. kesian kat nenek kena buat semua kerja.




KOCI


Dan yang ketiga ialah Koci . Ni anak Along yang bongsu. Nama panggilan dia ni pelik sikit. Ala-ala Jepun gitu. hehhehe.. Koci tinggal dengan mama dia, Along. Tak macam Nil dan Nya yang tinggal dengan mak dan yah saya :) 
Koci, jangan nakal sangat tau. Jangan gaduh-gaduh dengan Nya. Nya tu kan akak Koci.. Koci ni pulak dah 4 tahun. 



BABY MAT

Haa, anak saudara saya yang ke 4 pulak ialah Baby Mat. Inilah anak kakyang.  Baru setahun 4 bulan.  Baby Mat ni suka sangat  lagu hindustan. Antara lagu yang dia suka ialah Yeh Ishq Hai dari filem Jab We Met dan Zoobi Doobi dari filem 3 idiots. Ija rindu sangat kat Mat. Mat jangan nakal-nakal ye. hehehhe...



BABY ARIF

Anak saudara yang kelima pula ialah Baby Arif . Arif ni baru je nak masuk 5 bulan. Geramnya tengok pipi dia ni.. Semoga Arif menjadi anak yang baik yer :)


P/S : Seronok bila ada anak buah ni. Melihat telatah mereka. hehhe..
       : Mak dan ayah, terima kasih kerana telah melahir dan membesarkan Ija :)