Selamat pagi semua.. Salam 18 Syawal :)

Mesti ramai yang buat open house kan?.. Tak pun ramai yang dapat undangan open house.... Ni nak cerita tentang kakak saya yang buat open house pada 24 Ogos yang lalu iaitu pada 6 Syawal :) Alhamdulillah, ramai yang datang.. Menu utamanya ialah laksa penang, rendang daging, nasi impit dan lemang.  Selain tu, ada jugak kuih raya...

Laksa special :)


Yang menjadi perhatian saya ialah keletah anak-anak kakak saya ni.. Ada je yang dibuatnya.. hihihi.. Yang abang nak makan sendiri, tak nak bersuap-suap dah.. Orang makan laksa, dia pun nak, nak  yang berkuah lagi.. hihi.. layankan je la.. Yang adik pulak, asyik berjalan.. kejap ke dapur, kejap masuk bilik.. kejap ke depan.. 


Abang @ Baby Mat : Nak mintak laksa.. hihi


Ni pula si adik @ baby Arif yang aktif berjalan..

Nak tengok keletah mereka berdua lagi?.. Tengok KAT SINI ,
 SINI
 dan  
hihii..banyak pulak kan...


p/s : Mana cerita open officenya??.. hihi.. Nanti baru boleh cerita sebab, office buat Jumaat ni.. muahahahha....



 Ros.reeza