Alkisahnya, office saya ada buat family day kat Langkawi masa cuti Wesak lepas... Tapi, saya tak join sebab husband tak dapat cuti.. 

Bila sebut Langkawi, sudah semestinya saya akan ingatkan Coklat. hihi.. Apalagi, saya pun tak lepaskan peluang la kan. Kirim beberapa jenis coklat. Saya kirim coklat yang jarang saya makan kat sini... 

Tadaa ...


Jom kita tengok satu persatu ye....

(1)

g

Coklat Guylian.. Sedap jugak coklat ni. Bentuk dia pun menarik.. Pelbagai jenis siput.. Coklat ni kan dia macam ada inti kat dalam tau.. coklat jugak.. Harga coklat Guylian ni RM 19.90 kat Langkawi. Ada 22 biji. Kalau kat tempat lain saya tak pasti berapa harganya. Sebab tak pernah beli..  

Nak tengok tak isi dalam kotak ni?..
ok, saya buka kan ye :





(2)


Yang kedua, coklat Almond Gold Whitttakers. Coklat ni saya tak pernah rasa lagi sebelum ni. Saya tahu coklat ni dari rakan office jugak. Beliau kata coklat ni sedap, ada almond. Saya ni kan penggemar almond. Dah tentulah saya beli. Harga coklat Almond Gold Whittakers ni RM  11.90. Ni yang jenis bar besar tau. Ada lagi yang jenis pack kecik tu. Dalam setiap pack ada 3 coklat. Bila saya rasa coklat ni, memang sedap. Kena dengan tekak saya la. Coklat ni tak manis sangat. Ni jenis coklat ala-ala "dark chocolate".. Yang bestnya coklat ni, almond dia banyak sangat. Yeay, sukanya... hihi. Tak muak tau.


(3)


Yang ketiga pula coklat Hersyey's. Sebenarnya saya nak coklat kisses almond tu. Tapi, tak ada. Jadi, dapat coklat ni sebagai ganti. Coklat ni pun saya tak pernah rasa. Rupa-rupanya sedap jugak coklat ni. Dia ada 4jenis coklat dalam paket yang besar ni. 

Antaranya :-

*Milk Chocolate.
* Chocolate and Peanuts.
*Chocolate and Crispy Rice.
*Special Dark Midly Sweet Chocolate.

Memang sedap! Harga coklat Hersey's ni RM 12.50.
Jom saya tunjukkan isi dalam paket besar tu.. Dia kecil-kecil macam bentuk bar..





(4)

Yang ke empat pula, coklat Daim. Mesti ramai yang dah pernah makan kan?.. Sedap jugak coklat ni.. Kalau makan sambil tengok tv, mesti licin punya.. hihihi.. Harga coklat Daim ni RM16.90 sepaket. Kalau ambil 3 paket hanya RM45.00. 


Ok, ada tak yang suka makan coklat?.. Saya ni penggemar coklat, tapi lebih kepada coklat yang ada almond la :)


Jom makan sama-sama... hihi..