Wah tajuk.. hihihi.. 

Ingat tak last week saya buat entry berkenaan buah delima?.. Saya beli di Pasar Pandan, Johor Bahru, RM7 sebiji?.. Kalau belum baca, silakan baca kat sini yer :



Ok, kan saya ada balik kampung Khamis, malam Jumaat lepas. Saya dan suami naik bus balik kampung. Bus pukul 10.30 malam. Kitorang samapai Jitra, lebih kurang pukul 7 pagi.. Bus laju ok.. saya balik rumah mak mertua di Jitra. Sebab nak gi meminang anak dara untuk adik ipar saya(adik suami saya).. 

Pagi Jumaat tu pergilah pasar Jitra. Nak beli lauk basah kan. Sekali tu ternampak kat tempat orang jual buah, ada buah delima.. Dia susun dalam pinggan. Saya pun tanyalah harga dia kan. Terkejut bila dengar harganya.. Pakcik tu kata, yang dalam pinggan tu RM5. Maksudnya sepinggan tu 5 ringgit je. Tahu tak ada berapa biji dalam pinggan tu?.. Ada 5-6 biji.. Jadinya, jatuh harga satu biji, seringgit je.. Murahnya,.. Pakcik tu kata tengah musim ni.. 

Nasib baiklah tuan blog ni naik  bus. So, tak membeli la kan. Tak larat nak angkut barang banyak-banyak nanti naik bus.. Kalaulah naik kereta, memang akan saya beli.. Murahnya.. 

Siapa-siapa yang kat Jitra tu, beli la.. hihi.. Wah, sempat nak promote lagi ni.. 

Kat tempat lain,macam mana pula harga buah delima?..