Friday, November 01, 2013

BAHAYA PARABEN

Selamat pagi kawan-kawan.. Apa khabar?.. Alhamdulillah,, kita masih dipanjangkan usia untuk melalui kehidupan ini.. Moga semuanya sihat selalu :)

Saya baru je tahu apa itu PARABEN.. Apa yang merbahayanya PARABEN ni.. 



APAKAH PARABEN?


Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben,propylparaben, butyparaben,isopropylparaben,yang terdapat dalam alat solek/ kosmetik.

BAHAYA PARABEN

1)Paraben ni menyerupai  hormone dan ia boleh menggangu fungsi sistem endocrine . Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki

2) Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben

3)Paraben boleh memasuki salur darah walaupun hanya sapuan diatas kulit. Paraben  yang diambil melaui kulit atau sapuan adalah lebih pekat berbanding melalui minuman iaitu sebanyak 10 kali ganda.

 4)Sekiranya  mempunyai kulit yang sensitive, paraben akan menyebabkan reaksi allergi dan ruam kulit. Kebanyakkan produk penjagaan kulit mendakwa ia adalah selamat untuk kulit sensitive walaupun mengandungi paraben. Penggunaan paraben dalam kuantiti yang amat rendah, dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masaalah kulit yang serius

SUMBER : SINI DAN SINI.


Saya ada baca kat blog Dr. Zubaidi. Beliau mengatakan kita boleh menggunakan sesuatu produk yang mengandungi kurang dari 0.4 %.  Lebih lanjut, baca DI SINI . 

Tetapi, semuanya bergantung kepada diri masing-masing. Walau kandungannya sedikit, kurang dari 0.4 %. jika digunakan setiap hari/dengan kerap, tetap jugak membawa kesan kan..

Kini, pilihan di tangan kita. Kita yang memilih. Buat keputusan yang tepat. Masih ada produk yang lain kan..




45 comments:

  1. betul.. paraben mmg bahanya.. boleh jadi kanser klu guna dengan kerap...

    ReplyDelete
  2. Paraben memang berbahaya. Tapi kebanyakan kosmetik memang mengandungi paraben sebagai pengawet.

    Sebagai pengguna, kita haruslah bijak memilih. Kalau kita dah tahu bahaya paraben dan produk yang kita gunakan itu mengandungi paraben, lebih baik hentikan penggunaannya.

    Pengalaman sendiri, dulu saya gunakan produk skincare terkemuka, pastu bila tahu setiap satu produknya ada PARABEN, terus saya stop guna. Memang terkilan sebab produk tu memang serasi dengan saya, tapi kita tak tau kesan jangka panjangnya kan.

    ReplyDelete
  3. betulke ni..alamak yg sy guna pon ada la ni..takut la plak..tq for d info

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dan selamat pagi

    ReplyDelete
  5. Nasib baik nur guna enchanteur jew....tgk td pon x dok...huuuhhhhh

    ReplyDelete
  6. ohhh.. akak x suka pakai losyen. nanti nak cek jugak lah~

    thanks for the info ye~

    ReplyDelete
  7. memula deqla tertanya-tanya apakah itu paraben. haha.. rupanya bahan yg terkandung dlm sesuatu produk yer.. huhu..deqla x penah guna smua losyen2 tu..

    ReplyDelete
  8. Kakak rasa isu paraben ini dulu dah diwar-warkan 3-4 tahun dululah. Kakak kalau beli memang tengok dulu Ros...

    ReplyDelete
  9. akak pun balik semalam abis semua produk akak tgk n check

    ReplyDelete
  10. Good info. Thanks for sharing. 1st time dgr pasal paraben ni.

    ReplyDelete
  11. thanks for da info.. sy memang xsuka pakai losyen sebab asal pakai ja mula gatal-gatal.. kulit sy sensitif.

    ReplyDelete
  12. aduh! byk betul bahan kimia ni...aishhh!

    ReplyDelete
  13. tq share...baru tau kesan dia agak boleh tahan jugak ye...

    ReplyDelete
  14. alahai dua losyen atas tu ada banyak lagi acane tu

    ReplyDelete
  15. Alamak takut pulak sy baca pasal paraben ni..nk kena check jugaklah cmni..tp sy malas pakai losyen sebenarnya..krim muka pun tak pakai.hehe

    ReplyDelete
  16. banyak benda yang kita tak tahu di sebalik industri kimia ni

    ReplyDelete
  17. kalau boleh pakai yang organic.. lebih selamat..

    ReplyDelete
  18. kalau boleh pakai yang organic.. lebih selamat..

    ReplyDelete
  19. @Karya Mahirahiye, Ros baru je tahu. sebelum ni tak pernah tahu pun apa maskudnya tu.. sekarnag ni memang kena hati2 ..

    ReplyDelete
  20. @Uni Aqilahiye, kadang-kadang kita ni tak terdedah akan maksud bahan-bahan kimia tu.. Ros pun baru je tahu.. tak sangka mat banyak kesan buruknya.. lepas ni memang kena lebih teliti akan bahan-bahan yang terkandung dalam setiap produk seharian..

    ReplyDelete
  21. @ikafantasiiye, memang betul ni.. rupanya ramai yang dah tahu hal ni tau.

    ReplyDelete
  22. @Nafira usofparaben ni bukan hanya ada pada losyen .. ada juga pada make up, mandian, syampoo dan lain lain.

    ReplyDelete
  23. @:: Mrs.Eady ::iye ke akak?.. bukan pada losyen je kak paraben ni.. produk lain pun ada..

    ReplyDelete
  24. @Deqla ManjewRos pun baru tahu Deqla.. oo Deqla tak minat losyen ek.. tapi kan, Deqla kat mandian, syampoo, alat solek pun kena hati hati..

    ReplyDelete
  25. @Kakzakieiyeke kak.. oo dah lama ye.. Ros baru je tahu kak..

    ReplyDelete
  26. @Mimi AzirahRos tahu dari blog akak ngan Isabel la semalam.. tu yang check juga tu..

    ReplyDelete
  27. @Haryati Faizaltu la.. memang sekarang ni kita tak nampak kesan lagi kan.. nanti dalam jangka masa yang panjang tu..

    ReplyDelete
  28. @memmetlenggengbetul tu. istilah nama dia pun lain-lain kan. banyak yang kita perlu cari tahu kan kak..

    ReplyDelete
  29. @Fifi Nadhrahok Kak Fifi. lepas ni kena beralih arah ..

    ReplyDelete
  30. Dlm pencuci muka, toner dan moisturizer pun ada paraben.

    ReplyDelete
  31. Tapi kat losyen vaseline sya tak de paraben

    ReplyDelete
  32. Saya pun anti paraben...guna natural je..selamat berkesan dan mesra alam gitew...

    Salam ukhuwah dear

    ReplyDelete
  33. Bagaimana pula dengan hand sanitizer selamat kah untuk digunakan?.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah sejak kenal shaklee semua pakai shaklee bebas paraben even skincare dan lotion

    ReplyDelete
  35. Dherbs aloevera gel pon ade...dahla baru je beli...huhuu

    ReplyDelete